Untuk simpanan susu, walaupun mengikut panduan diberi susu ibu mungkin akan rosak. Namun untuk mengelakkan kerosakan, gunakan secepat mungkin. Adakala ada faktor tertentu yang boleh menyebabkan susu ibu rosak walau kita telah menyimpan mengikut panduan.
Jadi,sebelum berikan susu ibu kepada bayi,pastikan :
>periksa dahulu susu ibu samada masih boleh digunakan atau tidak.
>Bau susu ibu
>Rasa sedikit susu ibu.
>Rasa susu ibu rosak akan rasa masam.
>Goncang secara lembut untuk mencampurkan susu yang terbahagi 2 iaitu bahagian berkrim dan susu.
>Periksa jika ada berketul.
>Susu yang terbahagi 2 masih boleh digunakan jika tiada ketulan.
Jika anda was-was, baik ambil langkah selamat dengan tidak menggunakannya.
![]() |
cara simpanan dan tempohnya |
Jika anda meyimpan susu di:
★Suhu bilik – susu bertahan selama 4 jam
★Cooler bag/box – susu bertahan 12-24 jam
★Peti ais bawah 2 pintu (Refridgerator) – boleh bertahan paling lama 72 jam tetapi sebaiknya 48 jam
★Peti ais atas 2 pintu (freezer) – bertahan paling lama 3-6 bulan bergantung kepada kekerapan pintu itu dibuka.. tapi saya suka ambil tempoh 3 bulan sahaja
★Peti ais 1 pintu – bertahan paling lama 2 minggu sahaja
★Deep freezer – boleh bertahan 6-12 bulan bergantung kepada kekerapan pintu itu dibuka sebab suhu berubah setiap kali dibuka.. tapi saya suka ambil tempoh 6 bulan sahaja
Selamat mencuba dan pastikan beri susu ibu dengan betul.
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
FB : Salwani Suhaimi
Page : Suci Supplement Shop
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment