Monday, September 22, 2014

Anak Lambat Bercakap, Apa Puncanya???


Apa yang buat saya tergerak hati nak menulis entry tajuk ini? Ini kerana anak saya adalah salah seorang dari kalangan anak lambat bercakap. Sufi Iman, hari ni sudah berumur 3 tahun 11 tahun. Tapi apa yang saya nak share ialah semasa umur Sufi antara 2 hingga 3 tahun.

Bila Umur Sufi dah masuk 2 tahun tetapi masih bercakap 'bahasa Jerman',  hehe, ramai yang minta saya bawak Sufi check doktor termasuk ahi keluarga saya. Saya sengaja lengah-lengahkan sebab yakin Sufi adalah kanak-kanak normal bila melihat kepintaran Sufi kenal semua huruf alphabet dan alif ba ta cuma tak dapat menyebut dengan betul. Bila adiknya yang berumur 1 tahun setengah dah boleh menyebut beberapa perkataan senang, saya dah mula gelisah. Awal tahun ini saya telah menghantar Sufi ke taska dengan harapan ada improvement. Pada bulan April tahun ini, saya dan suami telah membawa Sufi ke ENT dan Speech Therapist. ENT mengesahkan Sufi tiada masalah pendengaran. Speech Therapist juga mengesahkan Sufi normal cuma dari dalam kategori pertengahan.
Ketika itu Sufi boleh bercakap tetapi hanya dua patah perkataan sahaja contohnya 'Nak main', Ibu, susu'. Fuhhh..saya lega. Speech Therapist tidak pula meminta saya untuk datang buat rawatan theraphy cuma beliau ada memberi sedikit tunjuk ajar dan nasihat bagaimana untuk melatih anak bercakap di rumah. Apa yang saya buat, saya menghabiskan lebih banyak masa bersama Sufi melayan dia bermain, selalu mengajar dia perkataan-perkataan mudah contohnya 'Sufi nak susu'. Saya juga memperbanyakkan aktiviti luar contohnya mewarna, bermain pasir, bermain basikal, layang-layang dan yang paling penting saya mengawalnya daripada terlalu asyik dengan gadget(tablet). Saya akui sebelum ini saya silap kerana membiarkan Sufi terlalu asyik dengan gadget, Kesannya Sufi kurang bersosial.




Banyak Sebab Anak Lambat Bercakap..

1) Genetik

Genetik, persekitaran boleh pengaruhi perkembangan linguistik kanak-kanak AIREEN, empat tahun petah bercakap dan sering membuat mamanya terdiam apabila disoal dengan pertanyaan yang kadangkala tiada jawapan. Ini berbeza sekali dengan rakan seusianya, Nurin yang masih tidak pandai bercakap walaupun aktif seperti kanak-kanak lain. Keadaan Nurin menyebabkan ibunya, Noor bimbang dan sering tertanya-tanya kenapa anaknya yang anaknya boleh dikategorikan ‘bising’walaupun apa yang keluar dari mulutnya tidak difahami kerana bunyinya seperti kanak-kanak baru belajar bercakap.


Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-KanakUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktorpersekitaran dan kesihatan mereka.Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru.


Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibubapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,”katanya

Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambatbercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan.
Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar) "Kanak-kanak berkeperluan khas" dan mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap.

2) Kurang bersosial
Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’,” katanya. Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata. “Namun, galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap.


Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan,” katanya.Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.


Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan. Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata. Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa. Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.FAKTA: Percakapan kanak-kanak

Belajar bercakap atau berkomunikasi, kanak-kanak dari bayi lagi sebenarnya sudah boleh ‘berkomunikasi’ dengan orang lain melalui mimik muka, gerak isyarat seperti menggapai tangan, bahasa tubuh, gerak badan , bunyi mulut, mengagah dan sebagainya (perkembanganpra-linguistik).

Seorang kanak-kanak mungkin boleh dilihat sebagai ‘boleh bercakap’ bila ia sudah memiliki sedikit kemahiran peringkat pertama dan kedua perkembangan bahasa kanak-kanak.

Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun biasanya sudah memulakan perkataan pertama mereka dan dalam lingkungan usia 18 hingga 36 bulan, kanak-kanak sudah mula memahami ‘semantik’sesuatu perkataan dan mula menggunakannya sedikit demi sedikit meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman.[b]INFO: Tip membantu anak bercakap.

Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap! Apabila bercakap dengan mereka, gunakan aya tyang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepadaanak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindakbalas

Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak
Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya.

Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. Jika apa yang diucapkannya tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak. Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

Oleh Rohaniza Idris
dari Berita Harian.
Sufi Iman bersama ibu

Alhamdulillah, hari ini Sufi dah boleh bertutur dan membina ayat sehingga 5 perkataan walaupun ada sedikit pelat. Sufi suka dengan buku. Dia sering mengajak ibu melayan dia tengok buku. Saya banyak membelikan buku bergambar dan dari buku itu Sufi banyak kenal benda dan menyebut perkataan. Bila balik dari taska, Sufi selalu menyanyi, baca doa, baca iqra' 1. Alhamdulillah banyak improvement hari ini.
Nasihat saya kepada ibu-ibu yang ada masalah anak lambat bercakap,jangan putus asa dan risau. Ibu kena banyak main peranan. luangkan masa yang lebih bersama anak-anak. Bertindak awal sebelum keadaan semakin serius. Selain itu banyakkan berdoa mohon dipermudahkan segala urusan dalam membesarkan anak-anak.Ameen.
Baca doa ni dan hembus ke madu, suap ke anak. In shaa Allah kita berikhtiar.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan