Tuesday, September 16, 2014

9 Petua Hilangkan Ruam Lampin!

Apa Itu Ruam Lampin?

Ruam lampin ialah sejenis ruam yang bewarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan sekitar tempat yang  ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan paha. 

Apa Yang Menyebabkan Ruam Lampin?

Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh :
1. Air kencing terutama apabial lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah & keradangan. 

2. Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi. 

3. Bahan kimia seperti jenis sabun tertentuatau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pagawai farmasi atau doktor)

Antara Gejala-gejala yang dapat dilihat oleh mata kasar :
1. Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan paha.
2. Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruam lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti. 



Apa Petua yang Boleh Diamalkan Jika terkena Ruam Lampin ?

1. Dedahkan ruam lampin kepada udara dengan menanggalkan lampin sekerap mungkin terutama jika ruam bertambah teruk.
2. Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkan segera.
3. Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam .
4. Sapu 'krim pelindung' setiap kali anda menukar lampin. 
5. Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap ; 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.
6. Jangan gunakan talkum/bedak bayi ata seluar plastik.
7.Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.
8.Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna bahan kimia baru yang mungkin merupakan penyebab ruam lampin .
9. Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.

Apa Perkara Yang Perlu Dielakkan ?

1. Jangan biarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor.
2. Elak dari menggunakan seluar plastik terutama di waktu malam.
3. Jangan guna 'krim pelindung' sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di atas. Anda mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan penyebabnya. 

Bagi mommies yang mencari krim pelindung yang sesuai, Shaklee ada produknya iaitu HERBAL BLEND. Inilah rupa Herbal Blend.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaat Herbal Blend, boleh klik di sini.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan