Showing posts with label Tips Slim/Kurus. Show all posts
Showing posts with label Tips Slim/Kurus. Show all posts

Saturday, June 6, 2015

Tips : Cara Nak Turunkan Berat Badan Bagi Wanita




Jika anda seorang wanita yang sedang mencari cara yang terbaik untuk mengurangkan berat badan, di sini terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan berat badan dengan mudah. Dalam artikel ini, kita akan melihat tip mengurangkan berat badan yang dapat membantu anda.
Langkah mengurangkan berat badan bagi wanita dan lelaki tidak akan sama. Hal ini kerana lelaki biasanya ingin membina badan dan otot, manakala wanita umumnya mahukan bentuk badan yang tona dan langsing. Terdapat beberapa cara yang baik untuk mengurangkan berat badan yang sesuai dengan wanita. Berikut adalah tip mengurangkan berat badan bagi wanita yang akan membantu anda dengan matlamat diet anda.


Hidrat Semula. 

Dengan meminum air adalah salah satu cara yang paling mudah untuk mengurangkan berat badan dan ia sesuatu yang boleh anda lakukan setiap hari. Dengan meminum air yang banyak setiap hari, anda akan berasa lebih kenyang dan menjadi kurang cenderung untuk makan terlalu banyak. Apabila anda terhidrat, anda akan meningkatkan jumlah kalori badan anda untuk dibakar setiap hari. Untuk memulakan manfaat meminum air sebagai agen penurunan berat badan anda dicadangkan untuk minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.

Dapatkan Pasangan Yang Boleh Dipercayai

Apabila anda cuba untuk menurunkan berat badan dengan seorang sendiri, pada satu masa anda mungkin akan menipu dan cuba mengelak daripada terus melakukan diet dan anda juga mungkin akan tertinggal senaman yang anda lakukan.  Jika anda mempunyai rakan yang boleh menolong anda dalam program menurunkan berat badan anda mereka boleh membantu anda. Mereka akan memastikan anda mengikuti pelan pemakanan sihat anda, bersenam secara tetap dan mencapai matlamat penurunan berat badan anda. Jika anda terlalai atau malas, mereka akan membantu anda kembali di landasan yang betul.

Cuba Membuat Latihan rintangan. 

Dengan menggabungkan beberapa latihan rintangan, atau angkat berat ke dalam rutin senaman anda, anda boleh mendapat beberapa faedah seperti pembakaran lemak yang lebih efisien. Sel-sel otot membakar 3 kali lebih banyak kalori daripada sel-sel lemak.

Jangan Terlalu Memaksa.

Negatif dan kritikan pada diri sendiri penyebab kepada kemusnahan ribuan matlamat penurunan berat badan bagi wanita setiap tahun. Sebaik sahaja mereka mengalami tekanan dalam membuat pilihan pemakanan yang boleh dan tidak boleh atau skip bersenam mereka akan mula mengkritik diri mereka sendiri kerana tidak dapat mengikuti pelan penurunan berat badan dengan betul. Apabila anda mengalami perasaan seperti ini, anda perlulah menerimanya dan berusaha untuk memperbaiki diri pada masa depan dan kemudian meneruskan perjalanan. Teruskan dengan sikap yang positif dan teguhkan matlamat anda untuk menurunkan berat badan anda.



Monday, May 19, 2014

Tips Slim / Kurus



a) (Kalori tinggi + Lemak tinggi) - Air kosong kurang minum = Gemuk @ Berat Naik

>>>apabila kita mengambil makanan yang mempunyai kalori yang tinggi secara tidak langsung lemak dalam badan kita akan menjadi tinggi dan lemak yang tinggi ini pula menjadi tepu didalam badan apabila kita kurang minum air kosong dalam sehari. 

b) (Kalori kurang + Lemak tinggi) - Air kosong kurang minum = Gemuk @ Berat Naik

>>>apabila kita kurang mengambil makanan yang kurang kalori tetapi lemak dalam badan tetap tinggi kerana kita kurang minum air kosong walaupun kita control pengambilan kalori yang tinggi.

c) (Kalori kurang + Air kosong minum 3 Liter) = Lemak turun @ Berat Turun @ Kurus 

>>>apabila kita kawal pengambilan kalori dengan kadar yang sepatutnya diperlukan oleh badan kemudian kita konsisten minum air kosong 3 liter sehari,lemak dalam badan pasti turun dengan bantuan air kosong tadi seterunsya berat badan turun dan akhirnya kita boleh kurus. 

Sepanjang proses lose weight,apabila pengambilan kalori dikawal mengikut kadar yang sewajarnya diperlukan oleh badan dan dibantu pula dengan minum air kosong secara konsisten sebanyak 3 liter sehari,pasti lemak dalam boleh turun dan apabila lemak turun maka atas sebab demikianlah otot badan menjadi menggeleber @ flebby. Maka pada ketika itulah perlu ambil protein. 
Jadi macam mane? Dah faham bagaimana berat badan boleh naik dan berat badan boleh turun? Apabila kita kurang minum air kosong, makanan yang kita makan itu mempunyai sejumlah kalori yang besar (bergantung pada apa yang kita makan) dan ia menyerap menjadi lemak secara perlahan-lahan sehinggakan pada suatu hari bila pakai baju, kita rasa sendat dan ketat bila pakai baju kurung.Masa itulah kita akan tahu bahawa kita telah gemuk dan berat badan kita telah naik dengan banyak tanpa kita sedari. Sebenarnya kita lebih memerlukan air dalam badan daripada makanan kerana dalam sistem tubuh kita 70% adalah terdiri daripada air sahaja.Jika kita kurang minum air kosong maka kita akan terhidrasi (kering) maka atas sebab itulah ada simptom kulit kering,lemah badan (tak bermaya) sebab kurangnya oksigen dalam badan.Dalam air mengandungi H2O iaitu kandungan oksigen yang membekalkan kita oksigen untuk bernafas dan seterusnya membantu sistem tubuh kita dalam menjalankan prosesnya dengan lancar.Ada segelintir di antara kita merasakan makan itu adalah perlu daripada minum air,mungkin ada juga yang cakap "kalau tak makan,lapar la", ya itu betul.Kalau tak makan kita memang rasa lapar tetapi apakah makanan yang kita berikan kepada perut kita? Adakah ia merupakan "healty meal" atau tidak? 
Apa itu "healty meal"???? Healty meal itu membawa pengertian dalam sebuah pinggan itu mengandungi karbohidrat sikit, sayur-sayuran banyak,protein banyak.Makan secara seimbang dan sihat.Jika kita makan makanan yang kita suka saja mungkin boleh membawa kepada masalah sembelit, jerawat di wajah, kulit kasar dan bermacam-macam lagi. Jadi mulai sekarang ubah cara kita makan setiap hari,cuba amalkan cara pemakanan yang sihat untuk diri kita sendiri.Mesti ada yang cakap "tak kan nak makan ikan je atas pinggan,dengan nasi sikit,dengan sayur". Protein tak semestinya hanya ikan selain ikan, sumber protein adalah  seperti tauhu, tempe, kekacang dan ayam (bahagian isi tiada lemak). 


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya Wani untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Salwani Suhaimi
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan