Tuesday, June 10, 2014

Tips Luka Bersalin Caesar Cepat Sembuh

Bagaimana nak memastikan luka bersalin caesar ni cepat sembuh dan tidak mengalami sebarang jangkitan, mahupun terbuka jahitan? Berikut ialah beberapa tips yang ibu boleh amalkan..

1) Memastikan luka sentiasa kering


  • Mandi, pastikan luka di lap sehingga kering dengan kain yang lembut, bukannya tisu. Dari masa ke semasa pula, pastinya ibu berpeluh, pastikan kawasan luka sentiasa kering, sama ada dari peluh atau air mandian.
  • Luka yang lembap akan menyebabkan jangkitan mudah berlaku. Justeru ibu perlu pastikan kawasan lukanya sentiasa kering agar luka cepat sembuh.

2)Elakkan menyapu sebarang ubat traditional pada kawasan luka pada 10 hari pertama bersalin.

  • Minyak gamat atau minyak traditional dikhuatiri akan melambatkan percantuman kulit di bahagian luka. Selepas luka bercantum, barulah anda boleh menggunakan sebarang ubat sapu yang anda rasa perlu.
  • Penggunaan sabun semasa mandi juga dilarang. Hanya gunakan air sahaja membasuh di bahagian luka.

3) Elakkan aktiviti lasak pada seminggu pertama kelahiran.

  • Aktiviti naik tangga mahupun membongkok perlu dielakkan bagi mengelakkan tekanan pada luka. Minta bantuan keluarga dalam menjalankan aktiviti harian

4) Elakkan dari mengambil ubat tradisional sembarangan

  • Dapatkan nasihat doktor, kerana bukan semua ubat traditional sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan. Ada yang boleh mendatangkan kesan sampingan seperti memberi tekanan pada buah pinggang atau mengurangkan pengecutan otot rahim.
5) Susukan bayi anda secara eksklusif.


  • Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.

  • Dapatkan bantuan dari jururawat dari hari pertama bersalin, bagaimana posisi menyusukan anak yang sesuai tanpa menjejaskan luka.


6) Ambil makanan yang kaya dengan zat besi, multivitamin dan zinc.


Zat besi penting kerana anda banyak kehilangan darah semasa pembedahan
  • Multivitamin pula untuk membekalkan nutrisi dan zat penting pada tubuh, manakala zinc membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

Disarankan untuk dapat 2 vitamin terbaik didunia, 100%  semulajadi dan selamat.* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Klik di sini untuk mengetahui kelebihan zinc

Klik di sini untuk mengetahui kelebihan Vitalea

Klik sini untuk mengetahui set bersalin shaklee yang membantu menyembuhkan luka caeserean dengan cepat.

Sebarang pertanyaan atau konsultansi, sila hubungi saya seperti di bawah, saya sedia membantu:)

FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Salwani Suhaimi
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
FB : Salwani Suhaimi
Page : Suci Supplement Shop
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

**COD akan dilakukan selepas waktu persekolahan ( 2 ptg ke atas )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan