Saturday, June 6, 2015

Set Kulit Shaklee : Bye Bye Kulit Kusam dan Gelap

Assalamualaikum semua, hari ni Wani nak share tentang SET SUPPLEMENT yang tidak kurang hebatnya juga iaitu SET KULIT SHAKLEE. Sebagai wanita, set ini menjadi pilihan utama. Yelah sape tak nak kelihatan cantik kan. Cantik dari dalam, semulajadi dan cerah sentiasa. Pendek kata nak cantik dengan cara yang paling selamat iaitu kita cegah dah rawat dari akar umbi. Ianya cara yang kekal lama dan bukan bersifat sementara. Semua nak kulit cantik macam artis Korea kan. hehe.
Jom kita baca supplement apa yang saya syorkan untuk KULIT CANTIK ni.

Sebelum tu jom kita tonton salah satu video #ShakleeEffect salah seorang pengguna SET KULIT Shaklee iaitu Cik Farizan. Beliau mengalami masalah kulit yang agak teruk sepanjang 7 tahun akibat salah pilih produk. Kulit wajah Cik Farizan sekarang ni sememangnya cantik, gebu, halus dan cerah. Kenapa saya kata cam tu? Sebab saya dah jumpa beliau depan mata beberapa kali. memang tak puas dok tilik kulitnya. Gojess habis.:)


Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok...


Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Harga runcit Vita E : RM149 (120 biji@4 bulan). Hubungi Wani untuk harga istimewa.


Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Harga runcit Vita C : RM92.50 (180 biji@6 bulan). Hubungi Wani untuk harga istimewa.
  
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:

  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Harga runcit B Complex : RM53.75 (120 biji@4 bulan). Hubungi Wani untuk harga istimewa.
  
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:

  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
JOm kita tengok pula TESTIMONI SET KULIT SHAKLEE ni.

 #TESTIMONI 1

Inilah empunya diri dalam video di atas. Begitu  ketara perbezaannya. Masalah kulit pulih 100%


#TESTIMONI 2 
 
Testimoni Vita C Shaklee
#TESTIMONI 3


#TESTIMONI 4


#TESTIMONI 5


#TESTIMONI 6


Untuk kesan yang lebih cantik dan juga untuk masalah kulit tertentu, kita juga boleh mengambil ESP atau GLA Complex. Boleh baca SET KULIT LENGKAP SHAKLEE . Anda boleh hubungi Wani untuk mengetahui produk apa yang sesuai untuk anda.Wani akan syorkan mengikut masalah kulit dan budget anda:)


Untuk mencapai wajah cantik berseri adalah lebih baik kita rawat dari dalaman kulit. Konsepnya mudah. Apabila dalaman sihat, maka luaran pun akan menjadi sihat dan cantik berseri. Betul tak? Jadi jangan membuang masa mencari produk pencuci dan kecantikan wajah untuk luaran jika dalaman kita tidak dirawat terlebih dahulu. Mulai sekarang kita rawat wajah kita dari dalam kulit dengan SET KULIT SHAKLEE

Harga dijamin ISTIMEWA untuk pelanggan Wani :)
FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp )
FB : Salwani Suhaimi
Page : Vita Shoppe Terengganu
COD : seluruh Kuala Terengganu dan Kuala Nerus seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

Suami Isteri Hebat : Set Keintiman Shaklee

Kepuasan dalam kehidupan menentukan rasa puas hati terutamanya kepada lelaki. Namun begitu harus difahami rasa puas hati dan kepuasan seks ini tidak berhubung kait dengan kekerapan membuat hubungan seks. Perkara paling penting dalam memuaskan kedua belah pihak adalah apa yang dikatakan sebagai ‘keintiman’. Dalam kata lain faktor seks hanyalah salah satu faktor kepada kepuasan rumah tangga dan faktor yang paling penting adalah mewujudkan suasana keintiman.


Punca anda kurang merasakan nikmat keintiman
 
✿Kurang Lubrikasi
Keadaan ini terjadi selalunya disebabkan kurang aktiviti “foreplay”, tetapi ia lebih dikaitkan dengan oleh kekurangan hormon selepas menopous, selepas pantang atau semasa menyusu badan. Sebab kurang lubrikasi pialah kesan dari pemakanan ubat seperti antimurung, pil darah tinggi, ubat selsema, sedatif dan sesetengah pil perancang.
 
✿Jangkitan kuman
Jangkitan bakteria pada pundi kencing dan faraj boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks
 
✿Alahan pada alat pencegahan kehamilan dan krim konsom, jeli pelincir, krim haruman faraj dan sebagina boleh menyebabkan inflamasi dis ekitar fara dan rasa sakit setiap kali menggunakannya.
 
✿Vaginismus
Kekejangan otot keliling faraj yang berlaku di bawah sedar juga boleh menyukarkan penetrasi dan seterusnya kesakitan semasa seks.
 
✿Masalah sakit puan
Termasuk endometriosis, radang pelvis, uterine prolapse, rahim  jatuh, fibroid dan ovarian cyst.
 
✿Masalah kecacatan konjenital pada sistem peranakan
Sesetengah wanita dilahirkan dengan selaput dara tebal, faraj yang sempit (vaginal stenosis) dan sebagainya yang boleh menjadi punca kesakitan yang teruk semasa seks
 
✿Radang dan iritasi selepas pembedahan
Radang dan iritasi selepas pembedahandan jahitan pada bahagian genital boleh menjurus kepada rasa sakit dan sengal semasa seks.
 
✿Parut pembedahan
Parut dari pembedahan histerektomi dan kesan kemoterapi boleh menyebabkan sakit semasa seks.
 
✿Faktor emosi
Emosi kerap memainkan peranan dan boleh menjurus kepada sakit semasa seks. Rasa cemas, murung dan rendah diri terhadap keadaan fizikal tubuh badan boleh menyebabkan kurang rasa erotik dan seterusnya sakit semasa seks. Tekanan perasaan menyebabkan otot faraj tegang dan seterusnya penetrasi sukar terjadi.
 
Cadangan Supplement yang membantu meningkatkan keintiman suami-isteri;
 

 
Antara manfaat Alfalfa bagi hubungan keintiman suami isteri ;
  • Mengandungi phytoestrogens yang menyebabkan ia mempunyai khasiat seperti kacip fatimah untuk merapatkan bahagian intim wanita.
  • Membantu meningkatkan libido.
  • Meningkatkan keinginan untuk bersama.
  • Membantu mengurangkan masalah keputihan
  • Merawat masalah kekringan vagina
Antara manfaat Vita E bagi hubungan keintiman suami isteri;
 
Peranan Vita E untuk suami
  • Lebih tenaga
  • Ereksi yang lebih lama
  • Lebih cepat teransang
  • Orgasma yang lebih kerap dan semangat
Peranan Vita E untuk isteri;
  • Lebih tenaga
  • Ereksi yang lebih lama
  • Lebih cepat teransang
  • Untuk menstabilkan hubungan seks/kewanitaan terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi.
Vitamin E juga membantu seorang isteri menstabilkan hormonnya sekaligus meningkatkan citaras seksual.
**SET KEINTIMAN INI diberi jolokan SET HONEYMOON:)
 
Hubungi Wani untuk dapatkan set ini atau konsultasi. Harga istimewa untuk pelanggan Wani :)
 FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp )
FB : Salwani Suhaimi
Page : Vita Shoppe Terengganu
COD : seluruh Kuala Terengganu dan Kuala Nerus seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

 

Tips Asas Banyakkan Susu Ibu

Susu merundum? nak tips untuk banyakkan susu ibu? Jom ikuti tips yang Wani nak kongsikan ini.

Anda nak buat stok banyak macam ni? Tips di bawah dapat membantu anda. In shaa Allah

Selain daripada berusaha melakukan power pumping untuk menggalakkan penghasilan susu, anda perlu berterusan mengamalkan tips berikut tanpa culas.

1. PAM ATAU SUSUKAN BAYI SETIAP 2 KE 3 JAM

Susu ibu terhasil berdasarkan konsep penawaran dan permintaan /' Supply and Demand'. Oleh sebab itulah apabila kerap diminta, lebih banyak susu mampu dihasilkan. Ada andaian yang menyatakan susu akan kering apabila terlalu payu dara kerap dikosongkan. Ia tidak benar.Sebetulnya, lebih kerap payu dara dikosongkan melalui penyusuan langsung atau pengepaman, ia merangsang otak dan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memastikan keperluan bayi dapat dipenuhi dengan baik.

2. USAH TUNGGU SEHINGGA PENUH

Bagi yang bekerja, buangkan persepsi bahawa anda hanya boleh mengepam susu apabila payu dara mula terasa penuh. Salah cara anda tu! Anda harus didik diri untuk menghasilkan susu pada suatu tempoh tertentu. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk mengepam ketika di tempat kerja setiap dua ke tiga jam. Lakukan secara tetap. Dengan demikian, otak dan tubuh sudah terbiasa dengan rutin ini dan akan berterusan menghasilkan susu untuk keperluan bayi.

3. TANDEM PUMPING

Hal ini dapat anda lakukan dengan mengepam sebelah payu dara sambil menyusukan anak. Langkah ini dapat memaksimumkan penghasilan susu. Apabila susu dihasilkan pada sebelah kanan, secara automatiknya, payu dara sebelah kiri turut menghasilkan susu apabila amalan tandem pumping selalu diamalkan.

4. KEBAIKAN PENYUSUAN MALAM

Penyusuan yang kerap di waktu malam terutamanya di awal pagi adalah baik kerana ketika ini hormon prolaktin banyak dihasilkan. Tambahan pula ketika ini, diri anda berada dalam keadaan tenang. jadi, ia membantu anda melancarkan proses penghasilan susu.

5. MINUM AIR MENCUKUPI

Adalah penting untuk anda memastikan tubuh mendapat bekalan cecair mencukupi setiap hari. Bagi para ibu menyusu, anda disarankan minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Ia tidak terhad kepada air kosong sahaja. Anda boleh mengambil susu, jus buah-buahan segar. sup atau apa jenis cecair yang berkhasiat. Anda juga boleh mengambil air isotonik untuk mengekalkan bendalir dalam badan.. Hal ini penting untuk diberi perhatian kerana salah satu elemen utama dalam penghasilan susu ialah cecair.

6. AMBIL MAKANAN ATAU SUPPLEMENT PENGGALAK PENGELUARAN SUSU

Selain ikuti tips di atas, anda juga disarankan supaya mengambil sumber2 makanan yang yang menggalakkan pengeluaran susu atau anda boleh mengambil supplement. Boleh baca entry saya SET MENYUSU SHAKLEE. Antara makanan penggalak susu ialah kurma, nestum, susu, madu, horlick dan oat. Klik TESTIMONI SET SET MENYUSU untuk melihat hasilnya atau respond pengguna.

Doa banyakkan susu ibu

Mama, Jom belajar teknik power pumping

Tips Tingkatkan Pengeluaran Susu Melalui Power Pumping


Assalamualaikum mommies, hari ni wani nak bagi tips sikit khusus untuk ibu2 yang susu badan dah merundum. Jangan bimbang! ada cara untuk anda usahakan bagi merangsang pengeluaran seperti sedia kala dan salah satunya ialah POWER PUMPING.

APA ITU POWER PUMPING?
Merupakan teknik pengepam yang boleh membantu penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah meniru cara bayi menyusu dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

SIAPA YANG PERLUKAN POWER PUMPING
* Ibu yang kekurangan susu dan berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibatdaripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.

* Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.

* Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu.

BAGAIMANA TEKNIK POWER PUMPING

 Caranya cukup mudah! Apa yang diperlukan hanyalah pam dan peruntukkan masa selama satu jam bagi menjayakan misi ini.
 
Pam Tunggal
Pam payudara kanan terlebih dahulu selama 10 minit. Kemudian beralih ke payudara kiri pula selama10 minit juga. Tukar semula ke payudara kanan selama 10 minit dan seterusnya ke payudara kiri. Lakukan secara berterusan selama 1 jam.

Pam Berganda
Pam kedua0dua belah payudara serental selama 10 minit. Kemudian rehat selama 10 minit dan sambung kembali mengepam untuk 10 minit lagi.Setelah itu, rehat 10 minit dan pam lagi selama 10 minit sehingga cukup tempoh satu jam.



BERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL UNTUK DAPATKAN HASILNYA?

Anda jangan ingat buat sekali susu jadi banyak yer. Power Pumping perlukan masa sekurang-kurangnya satu minggu. Walaupunpada hari pertama hasil pam setitik dua atau 'pam angin' semata-mata, teruskan misi sampai dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha , doa dan tawakkal. In Shaa Allah dipermudahkan segala urusan kita Insha Allah.

**Kepada ibu-ibu yang berkerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda disarankan membuat Power Pumping pada malam harinya. In shaa Allah susu takkan berkurangan 

Tips Tambahan 

* Temapatkan pam payu dara di lokasi bersesuaian di rumah agar anda dapat melakukan kaedah power pumping di dalam keadaan  yang tenang tanpa sebarang gangguan.

* Anda tidak perlu menyejukkan susu di antara sesi mengepam atau mencuci corong pam (breast shield) setiap kali berhenti rehat. Malah anda boleh terus mengepam ke dalam botol yang sama.

* Setiap jumlah perahan susu ibu di antara satu waktu dengan waktu perahan yang lain boleh dicampurkan. Namun pastikan setiap susu perahan itu disejukkan terlebih dahulu. Apabila suhunya sama, barulah semua hasil perahan power pumping digabungkan di dalam satu bekas.

Anda nak tahu TIPS ASAS BANYAKKAN SUSU IBU? Jom baca.



Tips : Cara Nak Turunkan Berat Badan Bagi Wanita




Jika anda seorang wanita yang sedang mencari cara yang terbaik untuk mengurangkan berat badan, di sini terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan berat badan dengan mudah. Dalam artikel ini, kita akan melihat tip mengurangkan berat badan yang dapat membantu anda.
Langkah mengurangkan berat badan bagi wanita dan lelaki tidak akan sama. Hal ini kerana lelaki biasanya ingin membina badan dan otot, manakala wanita umumnya mahukan bentuk badan yang tona dan langsing. Terdapat beberapa cara yang baik untuk mengurangkan berat badan yang sesuai dengan wanita. Berikut adalah tip mengurangkan berat badan bagi wanita yang akan membantu anda dengan matlamat diet anda.


Hidrat Semula. 

Dengan meminum air adalah salah satu cara yang paling mudah untuk mengurangkan berat badan dan ia sesuatu yang boleh anda lakukan setiap hari. Dengan meminum air yang banyak setiap hari, anda akan berasa lebih kenyang dan menjadi kurang cenderung untuk makan terlalu banyak. Apabila anda terhidrat, anda akan meningkatkan jumlah kalori badan anda untuk dibakar setiap hari. Untuk memulakan manfaat meminum air sebagai agen penurunan berat badan anda dicadangkan untuk minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.

Dapatkan Pasangan Yang Boleh Dipercayai

Apabila anda cuba untuk menurunkan berat badan dengan seorang sendiri, pada satu masa anda mungkin akan menipu dan cuba mengelak daripada terus melakukan diet dan anda juga mungkin akan tertinggal senaman yang anda lakukan.  Jika anda mempunyai rakan yang boleh menolong anda dalam program menurunkan berat badan anda mereka boleh membantu anda. Mereka akan memastikan anda mengikuti pelan pemakanan sihat anda, bersenam secara tetap dan mencapai matlamat penurunan berat badan anda. Jika anda terlalai atau malas, mereka akan membantu anda kembali di landasan yang betul.

Cuba Membuat Latihan rintangan. 

Dengan menggabungkan beberapa latihan rintangan, atau angkat berat ke dalam rutin senaman anda, anda boleh mendapat beberapa faedah seperti pembakaran lemak yang lebih efisien. Sel-sel otot membakar 3 kali lebih banyak kalori daripada sel-sel lemak.

Jangan Terlalu Memaksa.

Negatif dan kritikan pada diri sendiri penyebab kepada kemusnahan ribuan matlamat penurunan berat badan bagi wanita setiap tahun. Sebaik sahaja mereka mengalami tekanan dalam membuat pilihan pemakanan yang boleh dan tidak boleh atau skip bersenam mereka akan mula mengkritik diri mereka sendiri kerana tidak dapat mengikuti pelan penurunan berat badan dengan betul. Apabila anda mengalami perasaan seperti ini, anda perlulah menerimanya dan berusaha untuk memperbaiki diri pada masa depan dan kemudian meneruskan perjalanan. Teruskan dengan sikap yang positif dan teguhkan matlamat anda untuk menurunkan berat badan anda.



Friday, June 5, 2015

Get Clean Water Pitcher Shaklee : Penapis air terbaik dan Jimat!

"Sedap la airnya, senang tak payah masak air, senang di bawa ke hotel"

Itu antara feedback consumer Get CleanWater Pitcher Shaklee.


Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean®Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%. Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

antara kelebihan penapis air shaklee
begitu ketara warna air paip yang belum dituras dan selepas dituras

MENGAPA WATER PITCHER DIKATAKAN MENANDINGI JENAMA TERKEMUKA YANG LAIN?
  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
  • Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
  • Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
PILIHAN BIJAK! 
  • Hanya beberapa sen bagi seliter air
  • Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
  • Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak
KEISTIMEWAAN SHAKLEE
  • Selamat: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
  • Pilihan Bijak: Menjimatkan KosRakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
  • Handal: Lebih banyak air bersih pada setiap masa.Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
  • Mesra Alam: Memelihara alam sekitar. Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

 Cara nak guna? sangat2 lah senang, tadah je bawah paip dan tunggu lebih kurang 3 minit untuk air ditapis. Jom kita tengok video di bawah.




Anda beli satu set Water Pitcher dapat 3 blok karbon ( 1 tahun penggunaan ), bila dah habis guna hanya ganti blok karbon yang harga mampu milik. Jimat kan maintainance untuk Water Pitcher ni jika dibandingkan dengan jenama lain sampai beratus-ratus maintainance nya.


apabila mencecah kapasiti yang disarankan ataupun setidak-tidaknya boleh tukar blok penurasnya apabila mencecah jangkamasa penggunaan setiap 4 bulan

Jom kita tengok beberapa TESTIMONI Get Clean Water Pitcher ni.

#TESTIMONI 1



#TESTIMONI 2 
 


#TESTIMONI 3
 


Jom cuba penapis air yang murah, jimat dan amat praktikal ini. Hubungi Wani ye.

Harga 1 set lengkap Water Pitcher dengan 3 refill blok karbon ialah RM 460 tapi anda boleh dapatkan dengan harga ISTIMEWA daripada Wani. Hubungi Wani tau.
FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp )
FB : Salwani Suhaimi
Page : Vita Shoppe Terengganu
COD : seluruh Kuala Terengganu dan Kuala Nerus seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia
 



Thursday, June 4, 2015

Tutorial : Cara Senang Download Video Youtube Guna HP

Assalamualaikum semua...

Wani nak share 1 ilmu hari ni yang wani dapat dari internet jugak. Sangat2 senang, sebelum ni wani tercari2 jugak mcm mana lah cara senang nak download bila guna handphone. Bila tahu cara ni dan wani dah cuba sendiri, rasa teruja pulak nak share dengan pembaca2 blog wani.

Jangan lupa cuba ye. SHARING IS CARING!


1. Pergi ke web browser dan taip 'youtube' dan klik search


2. taip video yg kita nak

3. Klik pd video yg kita nak

4. fokus pd url di atas tu

5. delete ' .m ' pd url


6. Buang 'm' di hadapan perkataan youtube tu


7. gantikan .m tadi dgn ss


8.autimatik anda dibawa ke sini


9.Tunggu hingga keluar link2 spt di atas & klik pada mana2 link


tunggu hingga video anda dimuatturun secara automatik

Sumber : Group Tcher Collection ( FB)

Yeayyy...siap DOWNLOAD. Semoga bermanfaat :)


Rangkaian Penjagaan Muka Enfuselle Shaklee

Set penjagaan muka Enfuselle mendapat perhatian ramai. Terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah kulit muka sensitif dan jerawat teruk. Hari ini kita cedok ilmu Enfuselle. Kenali Enfuselle. Mungkin boleh membantu anda, saudara-mara, adik-beradik mahupun rakan taulan yang telah lama dibelenggu masalah kulit muka.


Rangkaian ENFUSELLE, dibahagikan kepada 2 kategori:

Kategori 1: Normal to dry skin
  1. Hydrating Cleansing Lotion
  2. Hydrating Toner
  3. Hydrating Moisturizer
  4. Eye Treatment
Kategori 2: Normal to oily skin
  1. Purifying Cleansing Gel
  2. Purifying Toner
  3. Balancing Moisturizer
  4. Eye Treatment
 KATEGORI 1 : NORMAL TO DRY SKIN

Set ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif. Rangkaian ini terdiri daripada:
HYDRATING CLEANSING LOTION

Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Kaya dengan Emolien serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri.
  • Mencerahkan tona kulit.
  • pH yang seimbang.
  • Hipo-alergenik
 
HYDRATINGTONER

Meneutralkan tindak balas yang boleh merosakkan kulit.
  • Terbukti secara klinikal.
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip.
  • pH yang seimbang.
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, mencuci dan melembut dengan ekstrak witch hazel dan kamomil.
HYDRATING MOISTURIZER


Melembapkan kulit sehingga 24 jam. Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.

Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam.
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara.
  • Hipo-alergenik
EYE TREATMENT
Garis-garis halus dan kedutan tidak lagi ketara.

Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 2 minggu.
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa 2 minggu.
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa 8 minggu.
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa 8 minggu.
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu.
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekitar mata.
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut.
  • Hipo-alergenik. Diakui oleh pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakaian kanta lekap.
  KATEGORI 1 : NORMAL TO OILY SKIN

 Set ini sesuai untuk kulit berminyak, sensitif dan berjerawat. Ianya terdiri daripada:

 
PURIFYING CLEANSING GEL

Gel berbuih bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan vitamin E menjadikan kulit segar dan lembut.
  • Mencerahkan tona kulit.
  • pH yang seimbang.
  • Hipo-alergenik.
 
PURIFYING TONER

Dengan 3 tindakan untuk menghentikan kerosakan pro-oksida. Ia meransang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
  • terbukti secara klinikal.
  • meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi air paip.
  • pH yang seimbang.
  • Menyegarkan dan memperhaluskan kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel.
  • Meminimunkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit.
  • Membantu mengawal kulit berminyak.
  • Hipo-alergenik
 
BALANCING MOISTURIZER

Formula ringkas untuk menyuburkan dan melembapkan kulit. Tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah. Ia bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari.
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari.
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari.
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit.
  • Hipo-alergenik
 
EYE TREATMENT

Garis-garis halis dan kedutan tidak lagi ketara. Mengurangkan kemunculan garis-garis halus, kedutan dan menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus. 

Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 2 minggu.
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa 2 minggu.
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa 8 minggu.
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa 8 minggu.
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu.
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekitar mata.
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut.
  • Hipo-alergenik. Diakui oleh pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakaian kanta lekap.
Sumber: Shaklee Malaysia.
 
Klik TESTIMONI ENFUSELLE untuk melihat hasil penggunaan Set Enfuselle ini.


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! wanics@gmail.com ID No : 917034 HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp ) FB : Salwani Suhaimi Page : Vita Shoppe Terengganu COD : seluruh Kuala Terengganu dan Kuala Nerus seluruh Kuala Terengganu POS ke seluruh Malaysia

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! wanics@gmail.com ID No : 917034 HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp ) FB : Salwani Suhaimi Page : Vita Shoppe Terengganu COD : seluruh Kuala Terengganu dan Kuala Nerus seluruh Kuala Terengganu POS ke seluruh Malaysia

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! wanics@gmail.com ID No : 917034 HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp ) FB : Salwani Suhaimi Page : Vita Shoppe Terengganu COD : seluruh Kuala Terengganu dan Kuala Nerus seluruh Kuala Terengganu POS ke seluruh Malaysia

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp )
FB : Salwani Suhaimi
Page : Vita Shoppe Terengganu
COD : seluruh Kuala Terengganu dan Kuala Nerus seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan