Monday, February 24, 2014

Kisah Hebat Tokoh Yang Pernah Gagal Tetapi Menguasai Dunia

Antara kisah hebat yang mampu menjadi pendorong dan semangat untuk terus berjaya. Mereka ini pernah gagal namun bangkit menguasi dunia.

1. Pengasas KFC
    Setelah satu demi satu restoran yang diusahakan nya merosot dan bangkrap pada usia 66 tahun Kolenal Harland D Sanders tidak mempunyai apa-apa lagi kecuali resepi rahsia ayam gorengnya. Dia terpaksa menyakinkan kedai dan restoran untuk menjual ayam gorengnya, Namun dia hanya berjaya menyakinkan kedai dan restoran pada percubaannya yang ke 1000!!!!...  Satu usaha yang berterusan dan tidak kenal erti putus asa.



2. Pengasas Federal Express (FedEx)
    Fred Smith sebenarnya memulakan idea untuk penghantaran barang waktu malam semenjak di Universiti Yele, Namun ideanya hanya dipandang rendah oleh Pensyarahnya dan dianggap tidak lojik. Beliau hanya mendapat C diatas proposalnya itu!!!!. Namun kerana keyakinannya beliau meneruskan ideanya selepas tamat pengajiannya dan tertubuhnya FedEx.



3. Pengasas Disney Land

Mr Walt Disney pernah dimarahi oleh editornya semasa bertugas di syarikat akhbar sebagai seorang yang tidak mempunyai imaginasi dan tidak mempunyai idea yang bernas. Beliau juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana dikatakan ketandusan idea.



4. Thomas Edison
Selalu dimarahi oleh gurunya disekolah sebagai "Seorang pelajar yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja".  Beliau dikeluarkan dari sekolahnya dan ibunya memutuskan untuk mengajar sendiri anaknya kerana tiada sekolah yang mahu menerimanya. Beliau juga gagal lebih 1000 kali untuk experiment menyalakan mentol sebelum menjumpai cara sebenar menyalakan mentol. Disaat orang bertanya adakah beliau tidak bosan dengan kegagalannya, beliau menjawab " Kerana gagal maka saya mengetahui 1000 cara agar mentol tidak akan menyala".  



5. King C Gillette
King C Gillette berpandangan lelaki memerlukan pisau pencukur setiap hari. Dia mencipta pisau pencukur yang boleh ditukar ganti setiap hari tetapi pemegangnya hanya perlu dibeli sekali sahaja. Namun beliau gagal hampir 6 tahun untuk mengumpul dana untuk mengetengahkan ciptaannya itu


Kisah menarik ini boleh dijadikan pengajaran jika sentiasa dilanda kegagalan. Percayalah dengan janji Allah dalam surah Al Insyirah Ayat 5-6 " Kerana sesungguhnya kesulitan itu ada kemudahan".

Nabi Muhammad bersabda " Orang mukmin yang sempurna imannya adalah orang yang menganggap musibah sebagai nikmat dan kemakmuran sebagai musibah", hadis riwayat Tabrani.

Malah Nabi kita Muhammad saw mengambil masa lebih 20 tahun untuk mengembangkan islam, jadi teruskan berusaha, yakin dengan apa yang kita lakukan Insya Allah akan ada kejayaan yang menanti.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya Wani untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Salwani Suhaimi
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
FB : Salwani Suhaimi
Page : Suci Supplement Shop
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

**COD akan dilakukan selepas waktu persekolahan ( 2 ptg ke atas )


   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan