Monday, June 8, 2015

Diari Hidupku:Pengalaman Manis di Mekah & Madinah Dec 2014

Bertemu kembali..
Sudah lama plan nak menulis di blog tentang kunjungan wani ke 'Tanah Haram' pada Dec 2014 yang lalu tapi asyik tangguh sahaja tetapi hari ni nekad nak menulis juga takut memori tu semakin lama semakin hilang ditelan masa. hehe.

Wani bersama suami dan family mentua sememangnya merancang pada awal tahun lagi untuk ke Mekah bersama. Sebenarnya ini rancangan mak  mentua Wani, so Wani ambik peluang nak menyelit sekali lah :) Terima kasih Mak dan Ayah kerana uruskan semuanya.

Pada awalnya kami dijadualkan berangkat pada 8 Dec 2014 tetapi ditunda ke 11 Dec disebabkan ada masalah Visa. Aduss berdebar betul bila ingat balik peristiwa ni, Wani dok ingat Allah tak izin dah Wani nak pergi, menangis tak berhenti selama 3 hari tu tapi malaslah nak cerita panjang part tu. Biarlah jadi sejarah dalam diari hidup.

Kami ke Mekah dulu dan baru ke Madinah. Mekah 7 hari dan Madinah 7 hari, fair and square. :)
Pada 11hb, berangkatlah kami, tinggal lah putera dan puteri kami di bawah jagaan mak sedara diaorang. Terima kasih tidak terhingga kepada kakakku Suryati yang main peranan penting sepanjang ketiadaan kami.Dia lah mak dialah ayah selama 14 hari. Haa, ni je pic yang sempat snap sebelum berangkat.
sepupuku datang bertemu mata sebelum berangkat

Kami di Airport Sultan Ismail Petra, dah check in untuk ke KLIA

Tengah terbang ke KLIA
 Lebih kurang pukul 8 malam, kami berlepas meninggalkan negara tercinta menggunakan khidmat Qatar Airways. Berderai lagi air mata sorang2, muka kena sorok hehe malu.Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata2, terharu sgt2 kerana akhirnya telah dipilih Allah jadi tetamuNya.

Kami terus ke Jeddah tetapi transit di Qatar untuk bertukar flight. Perjalanan dari Malaysia-Qatar ambil masa 7 jam Qatar-Jedah ambil masa 2 jam.

menu kami dalam Qatar Air, Wani pilih menu nasi sebab mmg tak boleh berenggang dengan nasi.hihi. minuman jus epal.
 NIAT IHRAM DI MIQAT


orang kat sebelah tu dah pakai ihram dahh.
Alhamdulillah, masa ni suami dah siap berpakaian ihramnya, nampak cam kekok je, takpelah bang pengalaman pertama ni kan. Ihram wani? hehe sarung telekung je. Kami niat ihram pertama di Miqat Qarnul Manazil iaitu lebih kurang sejam sebelum dijangka sampai di Airport Jeddah. Inilah niat ihram pertama kami. Sesudah niat, tak putus2 bertalbiah
Labbaik Allahuma Labbaik...Labbaika lasarikalakalabbaik..Innalhamdah wanikmata...lakawalmulk lasyarikalak.....(Kami Datang ya Allah...kami Datang memenuhi panggilanmu,.....tiada sekutu untukMu.....  segala nikmat, pujian dan kuasa untukMu). Terasa airmata mengalir perlahan di pipi, antara penyesalan atas dosa-dosa, rasa sukacita dan syukur bergejolak menjadi satu.

Lebih kurang jam 4.30 pagi waktu tempatan, kami selamat sampai di airport Jeddah. Usai solat Subuh, kami bertolak ke hotel dengan menaiki bas yang sudah tersedia. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
kami seramai 9 org bergambar di depan hotel. Tgh menunggu untuk check in.

agak lama jugak lah nak check in. Hati dah tak sabar nak melihat Kaabah

Posing ckett dengan pakaian 'baru'. Ihram ni mengingatkan kita yang kita semua sama ke di sisi Allah.


 Jom layan pic2 yang sempat Wani snap. Hehe snap sambil berjalan ada yang blur ada yang jelas.

TAWAF

Akhirnya..Alhamdulillah...Alhamdulillah. Kaabah yang dirindui tersergam depan mata. Air mata berjurai lagi. Hanya Allah tahu perasaan ini ketika kali pertama melihatnya. Terharu, gembira, syukur. Satu perasaan yang sukar digambarkan. Kami melakukan tawaf dengan lancar, Sepanjang ibadat ini, mulut  memang tak berhenti berdoa, berzikir. Semua wani mintak. Doa untuk diri sendiri, suami, anak2, mak ayah, keluarga tak lupa juga untuk kawan2 yang mengirimkan doa. Alhamdulillah dapat kenal sudut2 penting sekitar Kaabah. Kalau nak tahu Kaabah ada 4 penjuru. setiap penjuru ada namanya : Penjuru Hajar Aswad, penjuru Iraqi, penjuru Syami dan penjuru Yamani



SAI & TAHALLUL
Ketika Sai. Ulang alik dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali. Agak penat tapi pengalaman yang cukup seronok dan santai. 

Alhamdulillah selesai sudah Sai dan bertahallul maka selesai lah satu umrah.Berehat sebentar di bukit Marwah dan Solat Asar di sini sahaja.

Suasana dalam Masjdil Haram. Cantikkan seni binaannya.
 Mak mentua selalu ingatkan solat dalam masjidil Haram ni pahala nya 1000 kali daripada solat di masjid lain. Bukan 10 bukan 100 tapi 1000x ganda.Fuhh syukur lagi diberi peluang sampai ke sini.
Kami berempat. 2 adik ipar dan mak mentua.
Haa tu dia Pak Arab. Suasana di perkarangan Masjidil Haram di waktu malam.
 Masa Wani ke sana cuaca dingin tau. tak de lah sejuk sangat pun suhu dalam 18-22 darjah celcius. Kira dingin lah dibandingkan kat Msia tapi berganda dinginnya di Madinah.
time ni tgh jalan kaki dari masjid nak balik hotel lepas Isyak.
Time cuaca macam ni, waktu malamnya memang panjang, waktu siang pula singkat. Pukul 7.30 dah masuk waktu Isyak. Lepas Isyak kami dinner di hotel dan berehat di bilik je. Kebanyakkan antara kami mengadu penat tapi wani...Alhamdulillah mungkin setiap hari wani tak missed ambik supplement yang di bawa, masih rasa bertenaga hingga ke malam. Vitalea dan B Complex beri tenaga yang berpanjangan, Ostematrix pula bantu hilangkan lenguh2 kaki dan badan. Satu lagi Wani nak share, bukan nak bangga tau tapi nak share dengan pembaca. Sharing is caring kan. Sepanjang di sana Wani dan suami tak kena batuk, selsema mahupun demam. Dengan izin Allah kami sihat sepanjang buat amal ibadat di sana. Setiap hari Wani ingatkan suami jangan missed Vita C dan Omega Guard ( bantu tingkatkan imun). Maklumlah kami bilik berasingan, jadi selalu kena pesan. haha.
Kebiasaannya jemaah alami masalah batuk tau. Debu merata disebabkan kerja2 pembinaan dan penambaikan masjid. Alhamdulillah kami terlindung dari gejala batuk walaupun tak pernah pakai mask. Syukur lagi! Ni haa, supplement yang wani ambik sebelum tidur, Ostematrix nak hilangkan lenguh2 dan Herblax pula supaya pembuangan lancar. Kat sana kurang sikit lah minum air sebab nak kurangkan kekerapan nak buang air kecil ( jaga wudhuk). Alhamdulillah tiada masalah sembelit.

Wani sempat ajak suami buat tawaf sunat pada awal pagi, cuaca sejuk, kurang sesak dan mudah urusan. Ketika ini berpeluang 'berebut masuk' ke Hijr Ismail sekejap, bila dongak atas akan nampak Pancur Emas. Salah satu tempat mustajab berdoa. Syukur lagi Allah permudahkan apa yang kami rancang.


semoga kami diberi peluang datang ke sini lagi...rindu

di hadapan pintu Kaabah

Makam Nabi Ibrahim

ZIARAH TEMPAT2 DI MEKAH

tengah menunggu bas nak ziarah tempat2 bersejarah

sempat lagi tu..nak buat mcm mana, tunggu bas lama sgt.hehe

Tempat pertama yang kami ziarah ...Jabal Nur

Selfie skett di hadapan Jabal Nur

Welfie suami isteri..Jabal Nur
 Tempat kedua yang kami ziarah ialah Jabal Rahmah. Nak tau tak sejarahnya. Tempat ini merupakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah diusir dari syurga selepas 300 tahun terpisah. Wani nampak ramai jemaah yang panjat bukit ni untuk berdoa. Mak mentua bagitau, biasa orang berdoa untuk kebahagiaan rumah tangga kat situ. Encik suami pulak sempat berseloroh, ada orang berdoa untuk poligami kat atas tu..huhu. Tak kisah lah labu nak doa apa pun.hihi.
Wani pula? teringin sgt nak panjat sampai puncak tapi takde geng la lagi pun masa agak singkat, tak pasal2 kena tinggal ngan bas pulak. Sempat panjat takat ni jerk ( seperti gambar di bawah).oklah tu kann.
sempat panjat jabal Rahmah takat ni jerk. jadi lah kan.

Dalam perjalanan pulang semula ke hotel, rombongan kami singgah sebentar di Muzim yang menempatkan khazanah berharga barang Mekah.



kat belakang wani tu model masjidil haram

mok dan ayoh..senyum skettt

dalam muzium.. selfie jangan selfie. dah diberi peluang ambik gambar kan.:)
pandangan dari dalam bas. sebuah kota yang lapang, jalan raya besar tak sibuk mcm kat tempat kita.

Suasana di luar bangunan juga lapang je tak ramai orang.

Sekitar Masjid Hudaibiyah. Ini adalah sisa binaan masjid lama. Kami bermiqat di sini untuk umrah ke3
Pejam celik pejam celik, tibalah hari untuk kami tinggalkan Kota Mekah, Masa untuk bertolak ke Madinah pula. Shopping?. tak shopping sangat lah kat Mekah sebab mak cakap 'tahan dulu, kita shopping di Madinah'. Orang kata Madinah pusat membeli belah.
Perjalanan ke Madinah dengan bas ambil masa lebih kurang 2 jam. Suatu perasaan yang sukar digambarkan lagi. Sedih, sayu rasanya nak tinggalkan Kota Mekah. Entah bila pula akan datang ke sini lagi.adoiii, menangis lagi.manja betul la.hihi

DI MADINAH

Sesampai di Madinah, cuaca dingin. Suhu lebih kurang 11 darjah celsius. Di Madinah, kebanyakan hotel berhampiran dengan Masjid Nabawi, bangunan hotel besar2 jika dibandingkan dengan Mekah. Jalan 5 minit je dah sampai masjid. Ni haa gambar hotel yang sempat Wani snap

bangunan hotel di Madinah
Jom kita saksikan video yang sempat wani rakam sendiri. Ketika bumbung masjid Nabawi terbuka. Sebelum ni tengok kat TV je tapi ketika ni di depan mata. Kagum...




Masjid Nabawi merupakan masjid kedua yang dibina Nabi selepas Masjid Quba'. Di sini lah terletaknya Makam Nabi Muhammad SAW dan dua Khalifah Islam, Khalifah Abu Bakar As Siddiq dan Khalifah Umar Al Khatab.



Anak Pak Arab. Comel giler. Rasanya dari negara Iran kot

Cantik kan senibina Masjid Nabawi. Sungguh unik. time ni ketika bumbung terbuka. Dah nampak langit.
PerkaranganMasjid Nabawi.. berteduh di bawah payung besar

Wakil Mutawif di sana sedang bercerita sejarah tempat2 di sana. Beliau merupakan seorang pelajar di Universiti Madinah.
Kami dibawa berjalan kaki sekitar Kota Madinah
 Di masjid ini terletaknya  Raudhah, tempat makam Nabi kita. Di luar masjid ini terletaknya Makam Baqi iaitu tempat para sahabat dan isteri Nabi dikebumikan.Di sini juga ditempatkan makam semua orang Islam yang meninggal di Madinah.


kenangan berlegar2 di sekitar masjid. Sungguh besar dan luas. Cuaca sangat dingin.Kadang2 tak tahan sejuk.
Ziarah di luar

Jabal Uhud

 Kami ziarah beberapa tempat bersejarah di Madinah. Jabal Uhud dan Ladang Kurma. Jabal Uhud merupakan kawasan perang besar antara kaum Muslim dengan kafir Quraisy yang peristiwanya akan terus dikenang hingga akhir masa.
Inilah Jabal Uhud
Mutawwif sedang bercerita tentang Perang Uhud dan sejarah tempat ni.
 Ladang Kurma

Di ladang kurma ni, kita boleh rasa dan makan kurma seberapa banyak yang kita nak. Free of Charge tau tapi takat mana sangat lah nak makan kan. Macam2 nama kurma yang wani kenal antaranya kurma Ajwa ( kurma paling mahal ), sukari dan ambar tapi yang Wani paling suka kurma yang ada badam kat dalam tu.hehe




Selain tu, kami juga ziarah Masjid Quba dan Masjid Qiblataini.




Banyak kenangan manis di sini. Yang paling manis ketika di Raudhah lah. Bila ingat balik mesti gelak sorang2. Wani dan 2 lagi adik ipar lari pecut . Tau tau jelah kan nak masuk kawasan Raudhah tu macam mana lebih2 lagi waktu melawat untuk kaum wanita ni terbatas tak mcm kaum lelaki 24 jam dibuka. Beribu2 orang menunggu untuk masuk. Kalau berhijab hitam dan berniqab satu kelebihan lah sebab kat sana wanita arab diutamakan. Kiranya kena berlakon jadi wanita arab la. Tapi Wani redah je, pintu dibuka terus pecut serbu. hihi. Termengah-mengah bila sampai di Raudhah(karpet hijau). Kat situ nak berdoa, nak solat memang kena berebut.Ambik peluang yang ada dengan sebaik-baiknya. Sempat melawat Raudhah sebanyak 3 kali.Satu kenangan yang takkan lupa sampai bila2. Syukur lagi Allah permudahkan ke sana melawat Makam Nabi.

Shopping

Orang kata tak shopping tak sah kalau dah sampai Madinah. Salah satu aktiviti penting juga la. hehe tapi sayangnya tak sempat nak snap pic kedai2 kat sana. Kiri  kanan belakang depan ada kedai2 jual jubah. Mana lah tak mabuk jubah. Hari2 dok menjamu mata dengan jubah2 cantik ketika pergi dan balik masjid.Harga antara RM 50 ke RM 130 cam tu ikut kualiti material dan aksesori. Duit poket yang wani bawa memang habis untuk shopping. Haha bawak lah berapa 'K' pun confirm habis. ekeke.

Berangkat Pulang ke Tanahair

Pada 24/12/2014, tibalah masa untuk kami kembali ke Msia. Madinah-Qatar-Msia. Sekali lagi transit di Qatar tapi kali ni lebih lama, kami diberi bilik hotel untuk berehat. Dalam perjalanan Qatar-Msia, kami berpengalaman tayammum dengan pasir dan solat di dalam flight. Inilah pengalaman pertama wani.
antara menu dalam Qatar Airways

menu sedap dalam Qatar Airways
 Sampai di Qatar, kami dibawa ke sebuah hotel yang merupakan 'tempat persinggahan' sementara selama 6 jam. Pada pukul 11 malam kami berangkat semula ke airport Qatar untuk pulang ke Msia. Semuanya ditanggung oleh agensi kami.
suasana di luar airport Qatar. Lapang dan luas. Mewah

Tunggu nak naik bas untuk ke hotel

Alhamdulillah..dah check in hotel ni.
Bilik kami
 Dinner disediakan untuk kami. Apa lagi, guna peluang yang diberi sebaik mungkin.hihi
santapan salad kat sana

Nasi arab + kambing kat sana..nyum..nyum
Alhamdulillah, perjalanan lancar. Kami selamat tiba di KLIA pada jam 8 pagi. 
waktu ni tengah kumpul bagasi

Alhamdulillah, selamat tiba di tanahair

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Selamat tiba di Pengkalan Chepa pada jam lebih kurang 8 malam walaupun masa tu kami di pantai Timur sedang menghadapi ujian banjir besar.
Catatan perjalanan ibadat Umrah wani ini sebagai salah satu diari hidup wani supaya ianya tidak dilupa begitu sahaja, wani menulis tiada niat lain. Semoga bermanfaat untuk diri wani dan pembaca. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri Wani sendiri :)Sekian.


1 comment:

  1. wah kakak. Alhamdulillah Allah pilih kakak dan suami :) Harap2 satu hari nanti Fara pun ada rezeki macam kakak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan