Tentunya ramai yang suka kek coklat kan. Boleh cuba resepi wani ni.
Bahan X
1 cawan minyak masak atau gunakan butter lagi sedap
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar / susu cair
1 cawan tepung coklat
1/2 cawan susu pekat manis
Cara-caranya :
Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api yang kecil. Pastikan ianya sebati.
![]() |
Haa..macam ni rupanya bila dah sebati di atas dapur |
Bahan Y :
3 biji telur saiz B
1 sudu teh asen vanilla
Cara membuatnya :
Pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang. Saya gunakan mixer.
![]() | |||
Macam ni rupa Y |
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
Cara membuatnya :
ayakkan ketika2 bahan ini
Begini lah ketika2 bahan X, Y dan Z yang sudah sediakan. Jadi senang lah nak kena gabung je semua ni.
Cara-caranya :
1. Masukkan bahan X ke dalam Y secara perlahan-lahan dan pukul. Masukkan bahan Z sedikit demi sedikit dan pukul lagi lebih kurang 10 minit.
2. Tuang ke dalam bekas acuan yang telah disapukan mentega
3. Kukuskan kek selama 1 jam. Jangan lupa balutkan dengan kertas aluminium supaya air tidak menitis ke atas kek. Pastikan api tidak terlalu besar.
Selepas sejam, keluarkan dari pengukus dan bekas acuan. Biarkan sejuk dahulu sebelum dihias dengan toping.
Toping kek Coklat
2 sudu butter/mentega
1 cawan tepung coklat
1/2 cawan susu pekat
cara-caranya :
masakkan di atas api kecil sehingga semua bahan cair dan sebati. Curahkan di atas kek tadi dan taburkan dengan chocolate rice. Siapppp,
Camni lah rupa kek coklat moistwani. Selamat mencuba ye :)
No comments:
Post a Comment