Monday, August 18, 2014

Meal Shakes - Selera Makan Semakin Bertambah, Jarang Dapat Demam & Rawat Sembelit

Kisah anak sulung saya, Suci Karmila, 6 tahun

Alhamdulillah..Selepas beri Meal Shakes selera makan anak-anak saya semakin bertambah. Anak saya yang sulung berumur  6 tahun , Suci Karmila memang menghadapi nak makan nasi sejak dari umur 3 tahun. Nampak je nasi terus tutup mulut dengan tangan. Time makan je memang berkejar nak suruh makan. Sampaikan pihak taska selalu merungut katanya Suci tak nak makan nasi. Anak tak nak makan nasi, ibu mana yang tak risau kan. Risau anak tak cukup nutrisi, risau anak lapar, risau anak susut berat badan. Macam2 bermain di kepala ni. Tapi Suci jenis bam bam dari kecil walaupun tak makan nasi. Dia hanya suka susu. Satu hari sampai 8 botol susu dia boleh habiskan. Umur 4 tahun badan mulai slim tapi normal kan lah anak2 bila semakin meningkat umur, berat akan susut. Oklah ini ceita dulu lah. Suci memang anti NASI.

Saya mulai beri Suci Meal Shakes(MS) sejak bulan Mac 2013 sehinggalah sekarang..Selepas 3 hari beri MS dah nampak hasilnya..Suci begitu teruja nak makan bila tiba waktu makan. Dalam hati saya, Wahh!! nampaknya Meal Shakes berkesan. Alhamdulillah. Sejak itu masalah yang saya alami sekian lama telah pun berakhir.
Pukul 4 ptg lepas balik sekolah katanya 'Kakak lapar, kakak nak makan nasi'. Dah diberi nasi pukul 6 petang mintak nak maka lagi. Ayoyo, kan  kakak baru je makan ( tak expect dia akan cakap lapar selepas 2 jam makan nasi ). Lepas balik mengaji dalam pukul 9.30, mintak lagi nak makan. Ibu pening juga time2 gini nak cari nasi..haha. Sebagai langkah atasinya, ibu telah memastikan rumah ni sentiasa ada makanan paling tidak pun biskut dan roti. Ini lah dia anak sulung saya Suci Karmila telah diberi Meal Shakes pada umur 5 tahun.



Masa kecik memang bam bam. menu utama ialah SUSU..siang malam pagi petang nak susu je tapi tak nak NASI..Bila besar ni Alhamdulillah badan maintain je nasib baik tak obes macam dulu..hehe.


Kisah anak ke-2 saya, Sufi Iman, 4 tahun

Sufi sebelum diberi MS takde lah sangat masalah makan. Dia makan cuma kadang-kadang je tak nak makan. Kalau makan pun tak banyak sangat laa..kira biasa2 saja. Sufi pun diberi MS sejak Mac 2013. Kesannya pun sama seperti kakaknya, teruja bila tiba waktu makan. Cuma Sufi ada masalah selalu demam dan sembelit. Setiap bulan wajib demam, maka maknya pun setiap bulan lah melawat klinik. Klinik adalah rumah ke2 kami.. Bulan pertama, ke2 dan ke3 pun Sufi masih demam. Mungkin lambat sedikit badan dia nak terima kan. Saya konsisten beri MS dan Allhamdulillah bulan ke4 Sufi dah tak demam seperti sebelum ini. Syukur sangat2 sebab saya memang berdebar setiap bulan bila dekat2 tarikh dia akan demam. Mungkin antibodi Sufi di tahap yang sangat lemah walhal dulu Sufi di rumah pengasuh bukannya taska. Kalau taska tak tahulah macam mana mungkin 2x sebulan dia demam.huhu.

Sejak dari itu, Sufi dah jarang sangat kena demam, kalau demam pun sekejap sahaja. Kadang2 bila demam saya hanya bagi secubit Nutriferon + Meal Shake + Omega Guard. In shaa Allah demamnya kebah tanpa disuap ubat demam. Dah selamat dari ubat. Cuma kadang2 bila demam tengah malam, saya bagi ubat demam 1 kali dan esoknya Sufi kebah dan terus sihat. Alhamdulillah demam hanya singgah seketika sahaja.

Masalah sembelit juga beransur pulih selepas diberi Meal Shakes. Kalau dulu Sufi poo poo 4 hari hanya 1 kali tapi kini Alhamdulillah setiap hari dia akan poo poo. Lawas gitu.


Gambar di bawah adalah gambar yg menunjukkan begitu terujanya dia makan. Selang sejam dia cari nasi lagi..hihi...suka tengok bila anak suka makan



Ini pula komen cikgu Sufi di taska ( Sufi masuk taska sejak awal 2014). Sellau dapat tgk cikgu dia komen macam ni...haha..jangan dia yang habiskan makanan kat taska sudahhh...kesian kat budak2 lain tak cukup makanan.

Kisah anak ke-3 saya, Syafi Abadi, 2 tahun

Anak ke-3 iaitu anak bongsu ( bongsu buat masa sekarang la..hehe ), sebelum kenal MS, ada masalah selalu demam macam abangnya. Tapi Syafi bulan pertama bagi MS dah tunjukkan hasil positif. Dia tak demam seperti selalu. Alhamdulillah selepas konsisten ambil MS, dah jarang kena demam, makan pun berselera. Inilah gambarnya, ceria sokmo orangnya. Suka senyum dah ramah dengan sesiapa yang menegurnya :)


Anda sebagai ibu ada hadapi masalah yang sama seperti saya sebelum ni? Nasihat saya berikhtiar lah, cari jalan untuk jadikan anak2 kita sihat & ceria. Wang ringgit boleh dicari tetapi kesihatan anak2 sungguh tinggi nilainya.

Nak dapatkan Meal Shake untuk anak2 atau konsultansi boleh terus berhubung dengan saya PM di FB atau Whatsapp 0132260818.

FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Salwani 
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

**COD akan dilakukan selepas waktu persekolahan ( 2 ptg ke atas )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan