Thursday, May 21, 2015

My Shaklee Effect...Dulu kusam dan lesu sekarang ceria dan sihat


Alhamdulillah..sehingga post ini ditulis sedar tak sedar sudah 2 tahun Wani menjadi pengguna tegar Shaklee. Hasilnya sungguh membuatkan Wani terharu. Bila diingat semula bagaimana keadaan kesihatan Wani sebelum dan selepas consume Shaklee, kadang-kadang tak percaya pun ada. Jom baca kisah Wani.
Wani tak hadapi apa-apa masalah kesihatan yang serius cuma masalah yang dikira biasa-biasa saja. Wani ada masalah tekanan darah rendah, sakit lutut, rambut gugur, sembelit dan kulit kusam. Untuk permulaannya saya mencuba SET MENYUSU memangdangkan saya hampir kekeringan susu badan di zaman anak ke3 saya berumur 7 bulan. Vitamin yang Wani consume ialah: ESP, alfalfa, Bcomplex, Vitalea, Vitamin C dan Ostematrix. Gambar di bawah adalah SET MENYUSU LENGKAP yang Wani cuba.



Susu badan kembali meriah…
Alhamdulillah dalam masa seminggu pengambilan, Wani rasakan susu badan kembali ada walaupun  tidak menyusu sepenuh masa.Wani mengamalkan tips penyusuan yang dinasihatkan oleh Upline Wani. Alhamdulillah Wani puas hati susu kembali banyak. Alfalfa & ESP banyak membantu.
Bertenaga & Cergas…
 itu Wani merasa lebih aktif dan bertenaga. Kalau sebelum ini Wani mudah letih terutama selepas balik dari kerja, terus rasa flat. Maklumlah darah rendah,tetapi selepas kenal dengan Shaklee Wani teruskan dengan rutin harian di rumah tanpa rasa penat. Sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak yang sedang membesar sememangnya memerlukan tenaga tambahan yang cukup..betul tak?
Tiada lagi rambut gugur….
Dulu sejak zaman anak dara sehinggalah beranak 3, Wani memang ada masalah rambut gugur. Rambut gugur adalah tanda kekurangan Protein. Selepas Wani konsisten ambil ESP, masalah ini tiada lagi. Tak perlu sapu lantai di bilik selalu dah…sukerrr
Kulit semakin cerah dan berseri-seri…
Dulu kulit kusam, gelap, berminyak di zon T,ada bekas jerawat dan tak berseri langsung..hehe. Selepas consume ESP & Vita C, dah ramai yang menegur. Suka sentuh pipi sebab halus semacam jerk..Cerah secara semulajadi. heheh Alhamdulilah memang puas hati.. Wani juga ada ambil GLA Complex juga banyak membantu dalam masalah kulit.
Dulu Sembelit, kini lawas sentiasa…
Dulu Wani ni boleh dikatakan sembelit tegar. Wani memang tak suka makan ubat, jadi bekalan betik dan pisang tak pernah putus di rumah. Selepas consume OSTEMATRIX, memang takde masalah pembuangan dah..bangun pagi tempat pertama diterjah ialah toilet..hihi.
Sakit lutut hilang…
Ini adalah Shaklee Effect yang betul2 buat Wani hiba, rasa sangat2 menghargai dan bersyukur dipertemukan dengan Shaklee. Wani memang ada masalah sakit lutut sejak bersalin anak sulung. Muda-muda lagi dah kena sakit lutut kan. Masalah ini berlarutan sampai 5 tahun. Pernah suatu masa suami bawa ke Klinik dan doktor ambil darah untuk dihantar ke makmal buat ujikaji. Tapi hasilnya Wani tiada apa-apa masalah serius cuma kurang kalsium..alamak sebut kalsium ingat susu..Wani memang anti susu dari dulu, zaman kecik je suka susu..hihi.
Wani konsisten ambil OSTEMATRIX..botol berganti botol Wani ambil. Hasilnya Alhamdulillah selepas 10 bulan ambil, sakit lutut yang sekian lama Wani tanggung hilang terus dan tak muncul2 sehingga ke hari ini.
Wani kongsikan #ShakleeEffect ini bertujuan ingin berkongsii kebaikan bersama. Wani tak nak lah rasa sorang-sorang kan. Bagi anda yang ada  masalah seperti wani, hubungi Wani untuk konsultasi secara PERCUMA!!!.


 wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp
FB : Salwani Suhaimi
Page : Vita Shoppe Terengganu
COD : Kuala Nerus/Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia


5% Disc Untuk YES Pack Pranatal & Posnatal

Assalamualaikum

Hari ni saya nak share dengan anda tentang YES Pack yang Shaklee offer! Menarik sangat sebab bulan ni ada DISKAUN 5% tau!

YES Pack Prenatal

YES Pack Prenatal ini terdiri daripada:

1. Vitalea
2. Vita C
3. B Complex
4. Ostematrix
5. Omega Guard
6. ESP

Apa lagi yang menarik?

Jika anda berdaftar sebagai ahli dengan pembelian YES Pack Prenatal ni,anda akan:

1. Mendapat 1 botol Vitalea FREE!
2. Mendapat cashback sebanyak RM 22.15





Berapakah kos untuk menjadi ahli?

Semenanjung: RM79.50
Sabah / Sarawak: RM 90.10

YES Pack Postnatal
YES Pack Postnatal ini terdiri daripada:

1. Vitalea
2. Vita C
3. B Complex
4. Ostematrix
5. Omega Guard
6. ESP

Anda juga akan mendapat FREE Vitalea dan cash back jika anda mendaftar menjadi ahli ( sama seperti YES Pack Prenatal )

YES Pack Prenatal dan Postnatal ini BUKAN untuk mereka yang hamil atau selepas bersalin sahaja!

Anda yang INGIN HAMIL juga sangat digalakkan untuk mula consume YES Pack Prenatal ini untuk menyediakan diri kepada proses kehamilan. Kerana kita tidak tahu bilakah persenyawaan berlaku dan seterusnya janin mula terbentuk. Kesihatan dan pemakanan ibu ketika ini amatlah penting untuk perkembangan seawal kehamilan.


Ingin mencuba YES Pack Prenatal? anda boleh terus Whatsapp saya yer, saya bersedia memberikan konsultasi kesihatan:)

wanics@gmail.com
ID:917034
HP : 0132260818 ( call/sms/Whatsapp )
COD : Kuala Nerus/Gong Badak/Seberang Takir/Kuala Terengganu/Manir & POS 1 Msia





JIMAT 5% Melalui Pakej YES : Pranatal, Postnatal, Kuruskan Badan dan Anti Penuaan

Assalamualaikum.
Berita baik untuk peminat Shaklee, baru-baru ni Shaklee telah lancarkan satu program yang dipanggil YES Program. YES ni maksudnya Young Entrepreneur Set. Orang muda je dapat? Habis tu orang tua tak boleh sertai Shaklee bawah program YES ni ke?
Salah tu. Young tu bukan maksudnya muda pada umur, tapi muda dalam bisnes Shaklee. Masih hijau lagi gitu. 
Program YES ni berjalan dari Mei hingga Oktober 2015. Sepanjang tempoh ni, sesiapa yang berdaftar dengan Shaklee akan dapat banyak sangat insentif yang ahli lama tak dapat. Nak pendekkan cerita, kalau ahli baru tu berjaya dapatkan bonus RM2000, tak mustahil bonus tu Shaklee akan gandakan sehingga jadi lebih dari RM6000. Banyak tak? Usaha 100%, dapat bonus 250%. WOW!
Kalau tak berminat nak berbisnes, tak ada benefit la program YES ni, kan?
Salah jugak. Walaupun tak berminat nak berbisnes, tapi YES masih berikan benefit kepada ahli  yang beli untuk makan sendiri. Benefitnya berupa 4 set promosi yang boleh dibeli dengan diskaun 5% (tak termasuk GST).
Meh nak ajar kira sikit: Mulai 1 April 2015 semua produk dan perkhidmatan Shaklee dikenakan GST. Jadi jumlah yang perlu bayar dah bertambah (harga ahli + 6% GST ). Tapi dengan YES promotional pack ni, Shaklee bagi 5% diskaun. Jumlah yang perlu dibayar oleh ahli Shaklee ialah (harga ahli + 6% GST - 5% YES promo). Setiap promo set ni pula melayakkan anda dapat bonus 5% daripada UV barang tersebut. Jadi ada cash back lagi.

Di bawah ni saya sertakan pakej yang ditawarkan di bawah program YES ni. Jimat 5% tau. Banyak tu .




Nak tahu lebih detail jangan segan2 hubungi saya. Whatsapp pun boleh.

FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Salwani Suhaimi
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
FB : Salwani Suhaimi
Page : Vita Shoppe Terengganu
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia



Thursday, September 25, 2014

Vitamin Untuk Hamil, Pantang & Menyusu semuanya lebih kurang SAMA!! JIMAT

RAMAI YANG KATA ;

'tak lenguh pinggang'
'tak cramp kaki'
'cergas dan bertenaga'
'kurang alahan di awal kehamilan'
'Hb darah cantik'

bila ambil VITAMIN IBU HAMIL semasa hamil dan selepas bersalin pula ramai yang kata ;

'Susu banyak'
'Kulit baby cerah dan bersih'
'rambut tak gugur'

** Kesannya dirasai sehingga selepas melahirkan bayi.

Apa yang ISTIMEWANYA VITAMIN IBU HAMIL?
✔Boleh diambil seawal kehamilan.
✔Boleh terus ambil untuk SET PANTANG dan SET MENYUSU
✔Si ayah pun boleh ambil sekali

Soalan-soalan famous tentang VITAMIN IBU HAMIL;

1) Adakah vitamin hamil selamat untuk saya ambil pada kandungan berusia 3 minggu?

Vitamin Hamil sangat selamat malah sangat baik untuk diambil sejak saat pertama persenyawaan berlaku. Malah mengikut nasihat doktor pakar, sepatutnya 6 bulan sebelum hamil tubuh ibu perlu mendapat zat folic acis dan semua vitamin sebagai persediaan hamil. Anda sudah?

2) Adakah Vitamin Hamil Shaklee berbau seperti vitamin yang ambil dari klinik?

Semua vitamin hamil ini diperbuat daripada tumbuhan dan bukan sintetik oleh itu ia tidak berbau kuat seperti pil dari klinik. 100% customer kami yang mengambil Vitamin Hamil ini mengakui vitamin ini tidak berbau dah mudah ditelan.

3) Perlukah saya ambil lagi vitamin klinik setelah ambil Vitamil Hamil Shaklee?


Tidak perlu lagi kerana Vitamin Hamil Shaklee 100% memenuhi keperluan ibu hamil. Malah penyerapan semua vitamin ini adalah lebih baik dalam tubuh. Seorang doktor pernah melaporkan Vitamin Ibu Hamil Shaklee lebih berkesan meningkatkan bacaan Hb darah berbanding vitamin lain.

4) Bolehkah saya ambil Vitamin Hamil Shaklee dengan keadaan saya ada Diabetes semasa hamil (GDM - Gestational Diabetes Mellitus)

Ya sangat boleh malah banyak kejayaan dilaporkan oleh pengguna Vitamin Hamil Shaklee di mana mereka berjaya mengawal kadar bacaan gula dalam darah dan tidak lagi manghidap GDM. Namun cara pemakanannya adalah special dan hanya boleh didapati dari kami EXCLUSIVE untuk pelanggan kami sahaja.

PM kami untuk order atau konsultasi secara percuma. Kami sedia membantu.

Utamakan kesihatan, yakini Shaklee!




FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
COD : seluruh Kuala Terengganu / Kuala Nerus
POS ke seluruh Malaysia

Monday, September 22, 2014

Anak Lambat Bercakap, Apa Puncanya???


Apa yang buat saya tergerak hati nak menulis entry tajuk ini? Ini kerana anak saya adalah salah seorang dari kalangan anak lambat bercakap. Sufi Iman, hari ni sudah berumur 3 tahun 11 tahun. Tapi apa yang saya nak share ialah semasa umur Sufi antara 2 hingga 3 tahun.

Bila Umur Sufi dah masuk 2 tahun tetapi masih bercakap 'bahasa Jerman',  hehe, ramai yang minta saya bawak Sufi check doktor termasuk ahi keluarga saya. Saya sengaja lengah-lengahkan sebab yakin Sufi adalah kanak-kanak normal bila melihat kepintaran Sufi kenal semua huruf alphabet dan alif ba ta cuma tak dapat menyebut dengan betul. Bila adiknya yang berumur 1 tahun setengah dah boleh menyebut beberapa perkataan senang, saya dah mula gelisah. Awal tahun ini saya telah menghantar Sufi ke taska dengan harapan ada improvement. Pada bulan April tahun ini, saya dan suami telah membawa Sufi ke ENT dan Speech Therapist. ENT mengesahkan Sufi tiada masalah pendengaran. Speech Therapist juga mengesahkan Sufi normal cuma dari dalam kategori pertengahan.
Ketika itu Sufi boleh bercakap tetapi hanya dua patah perkataan sahaja contohnya 'Nak main', Ibu, susu'. Fuhhh..saya lega. Speech Therapist tidak pula meminta saya untuk datang buat rawatan theraphy cuma beliau ada memberi sedikit tunjuk ajar dan nasihat bagaimana untuk melatih anak bercakap di rumah. Apa yang saya buat, saya menghabiskan lebih banyak masa bersama Sufi melayan dia bermain, selalu mengajar dia perkataan-perkataan mudah contohnya 'Sufi nak susu'. Saya juga memperbanyakkan aktiviti luar contohnya mewarna, bermain pasir, bermain basikal, layang-layang dan yang paling penting saya mengawalnya daripada terlalu asyik dengan gadget(tablet). Saya akui sebelum ini saya silap kerana membiarkan Sufi terlalu asyik dengan gadget, Kesannya Sufi kurang bersosial.




Banyak Sebab Anak Lambat Bercakap..

1) Genetik

Genetik, persekitaran boleh pengaruhi perkembangan linguistik kanak-kanak AIREEN, empat tahun petah bercakap dan sering membuat mamanya terdiam apabila disoal dengan pertanyaan yang kadangkala tiada jawapan. Ini berbeza sekali dengan rakan seusianya, Nurin yang masih tidak pandai bercakap walaupun aktif seperti kanak-kanak lain. Keadaan Nurin menyebabkan ibunya, Noor bimbang dan sering tertanya-tanya kenapa anaknya yang anaknya boleh dikategorikan ‘bising’walaupun apa yang keluar dari mulutnya tidak difahami kerana bunyinya seperti kanak-kanak baru belajar bercakap.


Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-KanakUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktorpersekitaran dan kesihatan mereka.Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru.


Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibubapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,”katanya

Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambatbercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan.
Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar) "Kanak-kanak berkeperluan khas" dan mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap.

2) Kurang bersosial
Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’,” katanya. Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata. “Namun, galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap.


Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan,” katanya.Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.


Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan. Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata. Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa. Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.FAKTA: Percakapan kanak-kanak

Belajar bercakap atau berkomunikasi, kanak-kanak dari bayi lagi sebenarnya sudah boleh ‘berkomunikasi’ dengan orang lain melalui mimik muka, gerak isyarat seperti menggapai tangan, bahasa tubuh, gerak badan , bunyi mulut, mengagah dan sebagainya (perkembanganpra-linguistik).

Seorang kanak-kanak mungkin boleh dilihat sebagai ‘boleh bercakap’ bila ia sudah memiliki sedikit kemahiran peringkat pertama dan kedua perkembangan bahasa kanak-kanak.

Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun biasanya sudah memulakan perkataan pertama mereka dan dalam lingkungan usia 18 hingga 36 bulan, kanak-kanak sudah mula memahami ‘semantik’sesuatu perkataan dan mula menggunakannya sedikit demi sedikit meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman.[b]INFO: Tip membantu anak bercakap.

Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap! Apabila bercakap dengan mereka, gunakan aya tyang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepadaanak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindakbalas

Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak
Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya.

Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. Jika apa yang diucapkannya tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak. Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

Oleh Rohaniza Idris
dari Berita Harian.
Sufi Iman bersama ibu

Alhamdulillah, hari ini Sufi dah boleh bertutur dan membina ayat sehingga 5 perkataan walaupun ada sedikit pelat. Sufi suka dengan buku. Dia sering mengajak ibu melayan dia tengok buku. Saya banyak membelikan buku bergambar dan dari buku itu Sufi banyak kenal benda dan menyebut perkataan. Bila balik dari taska, Sufi selalu menyanyi, baca doa, baca iqra' 1. Alhamdulillah banyak improvement hari ini.
Nasihat saya kepada ibu-ibu yang ada masalah anak lambat bercakap,jangan putus asa dan risau. Ibu kena banyak main peranan. luangkan masa yang lebih bersama anak-anak. Bertindak awal sebelum keadaan semakin serius. Selain itu banyakkan berdoa mohon dipermudahkan segala urusan dalam membesarkan anak-anak.Ameen.
Baca doa ni dan hembus ke madu, suap ke anak. In shaa Allah kita berikhtiar.


Friday, September 19, 2014

Kenapa Rahim Bengkak??

Salam ceria semua. Di harap para pembaca semua sentiasa dalam mood yang baik, ceria, senyum selalu. Petang Jumaat yang penuh tenang ini saya nak share satu ilmu. Bagi saya semua orang kena ambil tahu khususnya kaum wanita.

Kenapa rahim bengkak? Apa puncanya rahm bengkak? Kalau tak tahu jom kita baca penerangan Doktor Malinda di bawah ini. Ilmu Allah itu luas. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Jemput baca ilmu ini yang saya ambil dari FB Dr Malinda.

Kenapa Rahim Bengkak?

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'. 

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.


- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?




Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
  •  haid yang tidak teratur / berpanjangan
  • sakit perut
  • sakit ketika hubungan kelamin
  • perut membuncit
  • pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.
Huhu... kalu boleh tak mau la di bedah kan? Sakit tuh...

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?



  • GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.
  • GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO. 
  • Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.
  • Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa 

Luv, 

Dr. Malinda
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga pencerahan Dr Malinda ini memberi banyak manfaat kepada kita. Rupa-rupanya minyak  masak yang kita guna itu adalah punca besar fibroid dan cyst boleh terjadi. Jadi sayangilah rahim kita. Elakkan sebarang perkara yang boleh membuatkan rahim bengkak.Creadit to Dr. Malinda.

Kalau nak tahu apa kebaikan GLA Complex Shaklee sila klik link di bawah.

GLA Complex Shaklee Vitamin Kegilaan Wanita



REE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Salwani 
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

**COD akan dilakukan selepas waktu persekolahan ( 2 ptg ke atas )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan