Friday, August 8, 2014

ESP Bantu Kawal Diabetes Ketika Hamil

Penyakit kencing manis wujud ketika hamil dan akan hilang selepas bersalin. Masalah GDM selalunya berpunca daripada keturunan sebelah ayah atau ibu yang mempunyai sejarah kencing manis.

Masalah GDM atau kencing manis ketika hamil sangat dipandang serius oleh pihak kementerian kesihatan. Kawalan paras gula ketika hamil sangat penting untuk mengelakkan risiko-risiko berkaitan seperti:
  • Saiz bayi lebih besar dari umur semasa dalam kandungan, menyukarkan proses bersalin
  • Kelahiran pra-matang
  • Risiko anak mengalami masalah hypoglycemia selepas kelahiran
  • Air ketuban berlebihan
  • Anak-anak yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami masalah GDM mempunyai peratusan yang tinggi mendapat jaundis


Oleh kerana saya mempunyai masalah GDM ketika hamil, maka saya mengambil ESP Shaklee setiap hari untuk mengawal paras gula dalam darah dan juga mengelakkan hypoglycemia (paras gula terlalu rendah). Hal ini kerana, Protein soya dalam ESP Shaklee yang membantu menstabilkan tahap gula dalam darah. 

Alhamdulillah dengan aturan jadual pengambilan ESP Shaklee yang betul, membantu saya mengawal masalah GDM atau kencing manis ketika hamil ini daripada tidak terkawal hingga memerlukan suntikan insulin.

Tambahan ESP juga sesuai diambil oleh pesakit diabetes kerana:

  • Rendah karbohidrat iaitu hanya mengandungi sebanyak 5%-10% karbohidrat, 
  • Rendah lemak, 
  • Bebas kolestrol
  • dan bebas laktosa.



Bagi ibu hamil yang mempunyai masalah kencing manis, anda harus berhati-hati dengan sumber makanan yang anda ambil. Sebagai contoh, susu tepung biasa mengandungi kandungan gula yang tinggi berbanding susu rendah lemak berperisa asli yang telah dipasteur. Kandungan gula dalam nestum 3 in 1 lebih tinggi dari nestum original. Jadi antara dua contoh sumber makanan berkhasiat ini susu rendah lemak berperisa asli dan juga nestum original lebih sesuai diambil oleh ibu yang sedang hamil serta boleh dicampur dengan ESP Shaklee.

Jadi apabila anda mengambil sumber makanan yang sedikit kandungan gula ataupun gula ringkas beserta ESP Shaklee badan lebih mudah dan cepat menukarkan gula tersebut kepada tenaga dan juga mengelakkan hypoglicemia. Sesetengah ibu hamil apabila mengamalkan diet khusus untuk ibu hamil yang mempunyai masalah GDM. Anda turut berisiko mengalami hypoglicemia iaitu paras gula berkurang dalam badan apabila anda tidak mengikuti jadual waktu makan yang sepatutnya. 

Saya faham, kadang-kadang kita terlupa untuk mengambil makanan pada waktu minum pagi atau minum petang disebabkan kita terlalu fokus pada tugas harian dan juga tiada waktu terluang untuk menikmati makanan.

Simptom-simptom Hypoglicemia - Paras Gula Rendah Dalam Darah

Anda tahu anda mengalami hypoglicemia apabila bacaan gula anda adalah kurang dari 3.3 mmol apabila diukur menggunakan glukometer. Selain itu, anda mengalami simptom-simptom loya, pening, kurang fokus dan rasa berdebar-debar. Simptom-simptom hypoglicemia ini biasanya akan diterangkan oleh jururawat klinik kesihatan sewaktu anda (ibu hamil dengan masalah GDM) membuat temujanji di klinik-klinik kesihatan. 

Masalah GDM bagi ibu hamil agak kompleks kerana ia melibatkan tindakbalas hormon insulin yang tidak stabil ketika hamil. Maka, anda perlu mengambil diet berkhasiat dalam jumlah yang sedikit tetapi 5 hingga kali sehari waktu makan. Anda juga perlu mengambil makanan kurang gula, gula kompleks, rendah natrium, elakkan makanan segera dan diproses. Anda juga perlu aktif supaya gula yang diserap oleh tubuh ditukar menjadi tenaga dan tidak berkumpul dalam tubuh. 

Nak cuba? SILA KLIK BUY NOW ^_^


FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Salwani 
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

**COD akan dilakukan selepas waktu persekolahan ( 2 ptg ke atas )



Apa itu GLA Complex Shaklee?

GLA Complex Shaklee
  • mengurangkan simptom biasa seperti gatal, bengkak, menggelupas, kekeringan & simptom sakit sendi.
  • Berkesan untuk kemurungan, kesakitan payudara & masalah berkaitan PMS
  • Mengimbangi hormon insulin & menurunkan paras kolesterol.
Faedah & Kebaikan GLA Complex

  • Membantu mengawal & mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan / sukar hamil
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
  • Membantu menangani ekzema.
  • Melegakan simptom akibat Rhematoid Artritis
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkan imuniti badan.
  • Memperlahankan proses penuaan.
  • Mengurangkan 'blood clot' yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis.
  • Mengawal kolsterol
  • Baik untuk saraf.
  • Membaiki masalah prostat (lelaki)
Perbezaan GLA Shaklee

Kebanyakan GLA(gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6.

Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Kesegaran & keberkesanannya terpelihara oleh Shaklee Guard, antioksidan semulajadi yang dipatenkan.

Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel & tisu.

Manfaat Utama

  • Herba tradisi yang diercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan  kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki & wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, ritensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopause - memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan  uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Memperbaiki inflamasi kulit - ianya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. ianya juga meringankan sakit & bengkak yang terjadi  dari rheumatisma, artritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes - merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas & kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit & otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti aeteriosklerosis dan myocardial infarction.
  • Memperbaiki tekstur rambut - memperbaiki rambut kering & gugur.
  • Hiperaktif dan Autisma (ADD / ADHD) - Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar & hiperaktif.
GLA Bukan Sahaja Untuk Wanita

Ramai orang tersalah anggap bahawa GLA hanyalah untuk wanita.

Sebenarnya, supplement GLA, asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan.

Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut & campurkan isinya dengan makanan/minuman), remaja, dewasa & juga selepas menopause dan andropause (menopause lelaki)



FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Salwani 
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia





Wednesday, July 16, 2014

Shaklee Sumbang Dana ke Israel?

Assalamualaikum semua....

Baru berkesempatan untuk menerangkan sedikit kekeliruan rakyat Malaysia terhadap isu ini. Saya perhatikan ramai juga yang share tentang isu yang mengatakan Shaklee ada menyumbang dana kepada Israel di laman sosial.


Ramai yang takut dan merasakan shaklee adalah produk US maka ia patut diboikot. Untuk pengetahuan, syarikat shaklee dimiliki oleh roger barnet dan beliau bukan yahudi. Dan syarikat ini milik roger, bukan milik kerajaan US. Dan shaklee tidak menyumbang kepada Israel. Tapi ada isu yang timbul iaitu kes seorang bernama Kenneseth yang menyumbang kepada Israel.

Perlu diingat Keneseth adalah seorang SID (shaklee Independant Distributor) dan dia menyumbang kepada Israel atas kapasiti sebagai individu bukan mewakili shaklee secara keseluruhannya. Maka kita tidak boleh menganggap shaklee adalah penyumbang kepada Israel. Kami para SID In shaa Allah ramai yang  menyumbang derma kepada umat islam termasuk sumbangan ke Tabung Gaza Kerana shaklee membayar bonus pada semua ahlinya dan kita boleh buat apa sahaja kerana itu adalah duit kita. Dan juga kami membayar zakat, ianya untuk umat islam maka tidak boleh dikatakan yang sumbangan itu dari Shaklee kerana ia sumbangan peribadi para SID (shaklee independant distributor).

Ini adalah jawapan rasmi dari pihak Shaklee:


Dengan adanya hitam putih dari pihak Shaklee sendiri, maka jelas yer. Untuk pengguna Shaklee tak perlu risau. Anda semua tidak menyumbang kepada pertumpahan darah Orang Islam di Palestin :)

Jom bantu :)

FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Salwani 
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

**COD akan dilakukan selepas waktu persekolahan ( 2 ptg ke atas )




Saturday, July 12, 2014

Tips Kuruskan Badan Sepanjang Bulan Ramadhan

1. Paling penting untuk kita lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh badan. Ini kerana individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.
2. Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhatihati dalam soal permilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka.
3. Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.
4. Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan ‘jutaan’ makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa meloya.
5. Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.

6. Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik. Selain itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut yang kosong setelah seharian berpuasa.
7. Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan.Korang dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.
8. Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet kita. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.
9. Berpuasa tidak seharunya dijadikan alasan untuk kita kurang minum air. Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.
10. Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun kita berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
11. Positifkan diri dengan membuat target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.
12. Jangan asyik menimbang berat badan. Kita akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.

FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Salwani 
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia


Sumber : Blog CikTom

Soalan asas tentang business SHAKLEE

Apakah Shaklee?
Shaklee merupakan peneraju perniagaan & pembuatan supplemen / vitamin semulajadi terulung di dunia, berusia lebih 55 tahun, dan lebih 30 tahun di Malaysia. Walaupun begitu, selain suplemen, Shaklee juga mengeluarkan produk-produk lain.
Boleh rujuk web Shaklee : www.shaklee.com.my

Adakah Shaklee halal?
Ya. Produk Shaklee Malaysia disahkan halal oleh Islamic Service of America yang merupakan badan diiktiraf JAKIM

Bagaimana saya boleh menjalankan perniagaan Shaklee?
Keahlian seumur hidup Shaklee boleh didapati dengan 3 cara :
1. Bayaran yuran RM79.50 (Semenanjung) / RM90 (Sabah & Sarawak)
2. PERCUMA dgn pembelian RM700 produk (anggaran sahaja) +caj pos RM10.60 (S'jung)/RM21.20(Sabah & Sarawak)


Bolehkah saya memulakan bisnes ni dengan modal 0?
Boleh. Kumpulkan pesanan dari rakan, saudara atau pelanggan sehingga  mencapai RM680 atau lebih, kami akan daftarkan keahlian anda secara percuma untuk seumur hidup

Berapakah pembelian minimum yang perlu saya buat setiap bulan?
Di Shaklee, anda tidak dipaksa membuat belian minimum untuk kesinambungan keahlian. Sekiranya cukup minimum pembelian bulanan, anda layak mendapat cashback, jika tidak cukup, anda tidak layak mendapat cashback, namun keahlian TIDAK terbatal (ianya seumur hidup)

Berapakah minimum belian untuk saya layak menerima bonus?
Belian minimum bulanan untuk layak bonus hanyalah lebih kurang RM480 sebulan (anggaran). Anda boleh menggunakan ID Shaklee anda untuk membuat belian, juga boleh berkongsi ID anda dengan sahabat & saudara-mara

Bagaimanakah cara untuk saya membuat belian?
Setelah mendaftar, gunakan ID anda untuk menikmati cashback. Belian  produk Shaklee boleh dilakukan secara tunai, kad debit atau kad kredit melalui :
1. Belian terus / walk in ke cawangan berdekatan (Shaklee tiada stokis)
2. Belian melalui email
3. Pesanan melalui fax
4. Pesanan melalui panggilan telefon
* Bagi cara 2, 3 & 4, produk akan dihantar terus ke alamat anda dalam tempoh 1-4 hari bekerja. Caj pos akan dikenakan sebanyak RM10.60 (Semenanjung) / RM21.20 (Sabah Sarawak) atau penghantaran percuma untuk pembelian RM800 (Semenanjung) / RM1000 ( Sabah Sarawak)

Perlukah saya menyimpan stok untuk perniagaan saya?
Ini adalah pilihan anda. Anda boleh menyimpan stok atau meminta Shaklee mengepos terus kepada pelanggan anda setelah belian dibuat dengan ID anda (sistem dropship)

Berapakah bonus yang saya boleh dapat dari perniagaan ini?
Tiada jumlah tertentu yang boleh ditetapkan untuk bonus anda. Ianya bergantung kepada usaha anda & keluasan rangkaian perniagaan anda. Bonus Shaklee boleh dinikmati serendah 2 angka sehinggalah ke 6 angka, malah tiada had.

Bagaimanakah cara bonus Shaklee dibayar kepada saya?
Bonus akan dikreditkan terus ke akaun anda pada 14 haribulan setiap bulan. Contohnya, belian sepanjang Januari akan dikira & bonus akan dikreditkan pada 14 Februari..

Adakah ganjaran lain selain tunai?
Ya. Shaklee menawarkan 3C - Cash, Car & Convention
1. Cash - Ganjaran tunai meliputi :
# Bonus dari jualan kumpulan
# Untung runcit
# Bonus kepimpinan

Hubungi Wani segera untuk DAFTAR AHLI. Terima kasih kerana  memilih Wani sebagai mentor anda. Once anda dah daftar, sudah menjadi tanggung jawab Wani untuk membimbing anda seterusnya kita bersama2 ke puncak jaya! JOM

FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp )


Monday, July 7, 2014

Kalsium Shaklee OSTEMATRIX Melegakan sakit

Alhamdulilah bertemu lagi kita di entry ini.
Hari ni saya nak share tentang pengalaman saya sendiri yang mengambil vitamin Ostematrix ni sejak setahun yang lalu.

Ramadhan tahun ni ada kelainan sikit lah yg saya rasa...

pe dia??

dapat solat terawih smooth jer..LUTUT DAH TAK SAKIT LAGI!!!
sangat2 gumbira..

saya ni ada masalah sakit lutut sejak beranak sulung..cam dah tua kan padehal umur time tu baru 27 tahun..ianya berlarutan sehingga awal tahun ni..kelemahan saya ialah mmg tak suka susu..org kata ANTI SUSU.
saya alami masalah ini terutama ketika naik tangga, solat, duduk bangun..sakit dan tak selesa tau..

saya start ambil OSTEMATRIX ( kalsium ) shaklee sejak tahun lepas lagi...botol berganti botol saya ambil sbb mmg time tu ada kesedaran pentingnya pengambilan kalsium..sakit lutut tak terus hilang tapi saya terus ambil disebabkan suka akan kesannya..lawas, hilang lenguh2 dan lena tidur saya walaupun masa tidur tak menentu tapi tetap lena.

Baru bulan mac tahun ni baru perasan yang sakit lutut saya seolah-olah lesap terus..boleh duduk bangun sepantas kilat je...(nak bagitau tanpa sangkut2 la tu). Sakit sendi kat pergelangan tangan juga hilang ( dah lama sakit cuma asyik dok tangguh nak g mengurut )..ianya hilang sampailah ke hari ni.. saya rasa sgt2 happy dan ingin sekali share dgn semua org.

saya cuma ambil ostematrix tapi kalau ambil sekali dgn AJHT lagi cepat kesannya sbb AJHT mmg utk sendi..

kepada kawan2 yang ada masalah sakit sendi ke masalah tulang rapuh ke, tulang patah sebab accident ke, saya sgt2 syorkan ambil lah OSTEMATRIX..tak rugi bila anda rasai kesannya malah anda akan rasa rugi tak cuba dari awal.


Macam mana nak pilih pil kalsium terbaik??

1. Pastikan pil kalsium yang diambil turut mengandungi magnesium yang mencukupi. Magnesium mengasimilasi kalsium ke dalam tulang dan memperkuatkannya. Nisbah kalsium : magnesium yang terbaik adalah 2:1 untuk fungsi yang optimum.

2. Pastikan kalsium itu juga disertakan dengan vitamin D kerana vitamin D diperlukan untuk penyerapan kalsium yang terbaik. Vitamin D juga tak dihasilkan oleh badan. Kita memperolehi vitamin D daripada cahaya matahari tapi, berapa lamakah kita terdedah dengan cahaya matahari terutama sekali yang bekerja 24jam dalam aircond ye ?

3. Kalsium terbaik adalah kalsium citrate kerana penyerapannya adalah yang terbaik berbanding kalsium lain. Kalsium citrate juga larut dalam air. So, jika ada kalsium berlebihan dalam badan ia mudah dibebaskan melalui air kencing.

4. Mengandungi mangan, copper dan zinc yang membantu mengaktifkan enzim bagi fungsi kepadatan tulang.

5. Mengandugi boron yang membantu dalam metabolisme tulang. 


Cuba semak kandungan di botol Ostematrix, adakah memenuhi kriteria yang saya cerita di atas tu?


FUNGSI OSTEMATRIX

1) Membina tulang dan gigi yang kuat.
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon.
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal.
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik

Anda berminat untuk dapatkan Ostematrik, boleh menghubungi saya seperti di bawah, saya akan menjawab pertanyaan anda dengan kadar segera. In shaa Allah.


FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Salwani 
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

**COD akan dilakukan selepas waktu persekolahan ( 2 ptg ke atas )



Friday, July 4, 2014

Diet dengan Cinch Shake Mix Shaklee

Untuk menurunkan berat badan, perkara pertama yang perlu kita tahu ialah keperluan kalori setiap hari. Perlu ingat bahawa jika makan lebih dari kalori yang diperlukan badan, berat akan meningkat, bukan menurun. Contohnya, keperluan kalori harian saya ialah 1800. Ibu menyusu perlu tambah lagi 500cal.. Jadi jumlahnya ialah 2300cal. Jika saya ingin menurunkan berat badan, saya perlu mengambil antara 2000cal atau kurang kalori setiap hari. Boleh kira kalori di sini:                               


1kg bersamaan lebih kurang 7000cal.
Jadi kalau sehari anda kurangkan 500cal, 14  hari turun 1kg. Jika ambil bersama cinch shake insyaAllah boleh turun lagi cepat.

JADUAL PEMAKANAN CADANGAN SAYA

So ini ialah jadual pengambilan yang saya cadangkan. 

Breakfast : Sebiji pisang (bagus sebab nutritious dan ada enzim percernaan, boleh boost weight loss), cinch shake (kalau boleh minum kosong je, atau tambah ESP/susu low fat). B- Complex, Vita-C, Alfalfa (detoks)

Snek pagi : Buah / Biskut / ESP dan Vitalea (tak boleh ambil bersama susu)

Tengahari : Cinch Shake. Untuk yang menyusu badan boleh la ambil light lunch. Kalau tak, minum cinch shake sahaja.

Snek petang : Sama macam snek pagi. Kalau lapar sangat campur Oat dalam ESP.

Malam : Makan seperti biasa tapi sebelum 8pm. Omega Guard

Sebelum tidur : Alfalfa
Kurangkan makanan berminyak, manis dan masin. Minum air banyak

Exercise 2 kali seminggu (paling kurang)

PENTING :  Minum air masak sekurang-kurangnya 3L sehari

Ini hanya cadangan saya yer, boleh ubah kalau dah jemu dengan jadual. Basically sehari ambil 2 kali cinch shake sebagai meal replacement. Yang penting, eksperimen sendiri, cara mana yang terbaik untuk badan kita. You know your body best!

Anda nak direct shopping Cinch Shake Mix Shaklee??, Klik mana2 link di bawah ikut citarasa anda :

http://bit.ly/1ovbJT8 ( perisa Vanilla )
http://bit.ly/1n1a6x7 (perisa coklat )
http://bit.ly/1n1acVq (perisa cafe latte )

**Saya akan follow up dan beri konsultansi selepas pembelian online anda.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya atau add friend di FB, saya sedia membantu setiap masa.


FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Salwani 
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

**COD akan dilakukan selepas waktu persekolahan ( 2 ptg ke atas )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan