Sunday, April 20, 2014

Supplement Untuk Gout

Gout adalah sejenis penyakit sendi berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protin bernama purin. Apabila tubuh kita berlebihan asid urik yang terkumpul di dalam sendi, ia akan menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang.
Di samping mendapatkan rawatan doktor yang berkelayakan, pesakit boleh cuba amalkan Supplement untuk Gout yang mengandungi Alfalfa, Performance Drink dan Omega Guard.


 


Fungsi-fungsi supplement yang dicadangkan di atas adalah:
 
Alfalfa - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

Performance Drink  -  memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

            Omega Guard – mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.

Majoriti pesakit gout adalah lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun. 
Kaum wanita (sebelum putus haid) jarang mendapat penyakit ini.

Sakit Gout ini mungkin boleh sembuh dengan syarat pesakit mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya sepanjang masa. Cara pemakanan pesakit harus ditukar kepada berlebihkan sayur-sayuran dan kurang daging dan makanan laut.  
Di bawah adalah contoh makanan yang perlu dielakkan:-
Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
Ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin
Daging yang cincang
Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang 
 
Harga ketiga-tiga supplement yang dicadangkan ini : RM 272
Alfalfa(s)                  RM 53.75
Omega Guard          RM 136
Performance Drink RM 82.50

Sekiranya berminat, boleh hubungi saya, saya akan suggestkan mengikut budget anda..jangan risau yer:)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya Wani untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Salwani Suhaimi
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
FB : Salwani Suhaimi
Page : Suci Supplement Shop
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia


**COD akan dilakukan selepas waktu persekolahan ( 2 ptg ke atas )

Saturday, April 19, 2014

Supplement Untuk Senggugut

Seringkali kita dengar senggugut/ period pain / PMS ( Premenstrual Syndrome ) sering menyerang apabila wanita didatangi period terutama anak-anak remaja bukan..Saya di zaman anak dara dulu turut sama mengalaminya terutama zaman persekolahan. Adusss sakitnya tidak dapat digambarkan dengan kata..memang guling-gulinglah 1 hari..tu nasib baik 1 hari ada kawan saya guling-guling sampai 2 hari..





Setiap kali sakit memang telan pain killer/panadol sebab tak tahan sakit, nak buat kerja pun tak boleh. Kalau lah saya dah jumpa Shaklee masa tu, memang saya dah paksa dak mak saya belikan...hehe.jangan marah yer mak.

Apa-apa pun selepas saya mengenali Shaklee, saya ada syorkan kepada adik ipar ( adik ipar senggugut setiap kali datng haid ) Alhamdulillah feedback yang diberikan amat2 positif...sakit dah kurang sangat berbanding sebelum mengambil supplement Shaklee.

Supplement yang saya cadangkan ialah :

Vitamin yang dicadangkan :
1) GLA - 


  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.


2)Ostematrix -


  • Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut..
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

3)B-Complex-

  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.
CARA ELAK SENGGUGUT TANPA UBAT
  • Cara lain adalah dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
  • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok.
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.
Kepada ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak gadis yang sering mengalami senggugut, saya sangat mengesyorkan supaya mencuba supplement yang dicadangkan ini. Saya masih teringat2 lagi kesakitannya.

Jom cuba, In shaa Allah Shaklee dapat membantu.
Harga set ini : RM 206
GLA Complex : RM 91.25
Ostematrix       : RM 61
B Complex       : RM 53.75

Apa-apa pun boleh hubungi saya untuk konsultansi. Saya akan syorkan mengikut budget anda.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya Wani untuk:-


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Salwani Suhaimi
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
FB : Salwani Suhaimi
Page : Suci Supplement Shop
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

**COD akan dilakukan selepas waktu persekolahan ( 2 ptg ke atas )

Friday, April 18, 2014

Ostematrix..bukan sekadar kalsium!!!



Ostematrix ni bekalkan kalsium. Mcm yg kita semua dah sedia maklum, kekurangan kalsium boleh menyebabkan seseorang alami gejala ni :
>tumit pecah
>gusi berdarah
>gigi / kuku / tulang rapuh
>cramp / kebas kaki n tangan
>sakit sendi, lenguh-2 badan
>sembelit

Utk pastikan dpt kandungan kalsium yg cukup utk tubuh badan, boleh dapatkan sumber makanan yg tinggi kandungan kalsium dlm pemakanan harian cthnya :
>yogurt
>keju
>susu
>sayur2 hijau
>tofu
>kekacang
*Setiap org perlukan kandungan kalsium yg b'beza ikut peringkat umur,  untuk remaja umur 11-24 thun & ibu hamil dan  menyusu 1200mg, 800 mg utk org dewasa yg 25 tahun ke atas bila seseorang tu mencecah 50 thn, kalsium yg diperlukan adalah 1000mg.

So, dgn pengambilan ostematrix ini, kita boleh dpt kalsium yang lebih daripada badan kita perlukan per day sbb 1biji ostematrix 250mg, 4 biji tabs sebelum tidur dah complete 1000mg bersamaan dgn kalsium yg diperlukan utk org dewasa yang 50 thn ke atas.

Kenapa Ostematrix Shaklee ni pilihan kalsium terbaik ??
>>Kalsium yg shaklee keluarkan ni bkn setakat kalsium, tapi ada jugak terkandung magnesium, vitamin D, fosforus, zinc, boron dan kuprum. semua nutrien ni penting untuk memastikan penyerapan 99% dlm badan kite selain menghalang mendapan sesetengah mineral. Sesetengah pil kalsium yang ada di pasaran tidak mngandungi semua nutrien tu, sebab tu bila consume ostematrix (lengkap semua nutrien tu) akan rasa kesan yang cepat.

Antara fungsi Ostematrix :
>Menguatkan tulang, kuku, gigi & sistem saraf
>bantu atasi masalah kekejangan n kebas-2
>kurangkan stress, sbb ostematrix pun membantu menenagkan saraf, mengimbangi tekanan darah, menggalakkan tidur lena n bantu mood swing (mood tak stabil la especially org perempuan yg period ) & sakit kepala
>kurangkan masalah period pain untuk wanita ketika datang bulan
>kurangkan hiperaktiviti perut & masalah gastrik
>bantu atlet sukan membekalkan kalsium & mineral penting dalam tubuh. so, segala pergerakan & aktiviti lasak dpt dilakukan dgn mudah

Utk siapa sesuai ambil ostematrix ni ?? 
>golongan remaja - yg nak tinggi pun boleh sbb oste ni bekalkan kalsium..(selagi belum sampai peringkat umur yg dah stop tumbesaran tu, boleh la nak berusaha lagi. huhuu)
>mereka yg kuat bersukan / atlet - bebas bergerak aktif n lasak 
>Individu yg mengalami sakit pinggang, sakit lutut & sakit sendi
>Individu yg sering mengalami kebas-kebas kaki / tangan terutama waktu malam
>Ibu hamil, terutamanya bila sering mengalami kebas kaki / cramp
>Ibu yg menyusukan anak yg memang perlukan jumlah kalsium yg tinggi
>Individu yg sering keletihan & kerap kerja luar, kalsium bantu kurangkan rasa letih
>Kaum wanita yg mengalami period pain, cramp
>Mengalami masalah sembelit & buasir
>Migrain 
>mereka yg x gemak minum susu

So, tak rugi sangat bila ambik oste ni sbb dah bekalkan keperluan kalsium yg cukup utk tubuh badan kite. Nak ambik makanan yg tinggi kalsium dgn kuantiti yg banyak every day mampu ke ?? mesti ada yg kata tak mampu.. Apa tunggu lg ?? grab oste bulan ni. Promosi kannn.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya Wani untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Salwani Suhaimi
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
FB : Salwani Suhaimi
Page : Suci Supplement Shop
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia


**COD akan dilakukan selepas waktu persekolahan ( 2 ptg ke atas )


Saturday, April 5, 2014

Promosi April 2014 OSTEMATRIX

Salam semua,
Bertemu kembali kita di bulan April ini dengan promosi BUY 6 FREE 1. Setiap bulan ada promosi ini. Bestkan dan di bulan ini adalah promosi Vitamin favourite saya iaitu OSTEMATRIX bukan sekadar Kalsium!!! Jom kita berkenalan dengan OSTEMATRIX.
Apa itu Ostematrix?
Ostematrix adalah vitamin yang mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang telah diuji secara klinikal dan ianya mudah di telan.

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
Di samping  membina tulang yang kuat dan gigi, nutrien dalam Ostematrix juga bertinda:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan tindakbalas saraf
  • Membantu mengurangkan gejala PMS seperti kembung, kejang, water retention, cepat marah, dan kemurungan
Ostematrix menyediakan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
FREE CONSULTATION and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Salwani Suhaimi
wanics@gmail.com
ID No : 917034
HP : 0132260818 ( call/sms/whatsapp/telegram/Line )
FB : Salwani Suhaimi
Page : Suci Supplement Shop
COD : Seberang Takir/Gong Badak/Manir/ seluruh Kuala Terengganu
POS ke seluruh Malaysia

**COD akan dilakukan selepas waktu persekolahan ( 2 ptg ke atas )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER :

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan